Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Santai

Layan Drif Dekat Tasik Titiwangsa

Imej
  Salam semua, Duduk rumah lama-lama pon boring juga rupanya.. mana tidaknya dari hari sabtu sampai ahad berkurung je tak gi mana-mana.. mula-mula ingat nak lepak dekat umah je.. entah tiba-tiba hari ahad tu ke boringan telah melanda.. terus siap-siap mandi ambil kunci dah tu ajak cik malarang gi ronda-ronda tasik titiwangsa. Semua orang tahu yang tasik titiwangsa ni setiap hujung minggu memang meriah dengan macam2 aktiviti riadah.. kekadang tu ada majlis kawin, hari keluarga dengan sukan lumba kereta sekali ( remote control ). Tengah pusing-pusing dekat tasik tu ternampak pulak budak2 tengah layan drif.. oklah korang tengok dulu gambar budak-budakni main drif ye.         Sesekali kalau nak melepaskan tension tu korang datanglah berkunjung ke tasik titiwangsa ni ye… sekurang-kurangnya dapat lepaskan tention dekat kepala tu.

Sesi Santai di Sany Char Koay Teow Titiwangsa, KL

Imej
Salam, Hai kalau mak mertua aku baca post ni mesti sat lagi dia call syg aku ni.. hehehe.. kalau korang nak tahu blog aku bukan kawan2 je yang follow mak mertua aku pon pengikut setia perkembangan aku dekat KL ni.. maklum jelahkan duduk jauh so kenalah tengok perkembangan menantu sorang ni.. hehehe.. Wahai ibu mertuaku jangan risau ye kami semua sihat disini.. buktinya dibawah ni.. hehehe, dah jadi rutin kami sekeluarga setiap hujung minggu mesti habiskan masa dengan keluarga .. sebab 5 hari bekerja dah luangkan masa dengan kawan2 so hunjung minggu 2 hari jelah dapan luangkan masa 48 jam dengan isteri tercinta Hujung minggu lepas aku bersantai bersama isteri dan adik ipar di Sany Char Koay Teow.. bukan di Penang ye tapi di KL sahaja. eh ada ke Sany Char Koay Teow dekat KL ni? dah tentu-tentunya ada takkan kedai hantu pulak aku singgah tukan.. Ok lokasi Sany Char Koay Teow ni terlatak di Tasik Titiwangsa dan berdekatan dengan Istana Budaya. Apa lagi hujung minggu atau malam leh g makan ...

Satay Station Cawangan Tasik Titiwangsa

Imej
Salam, Sebaik aku balik dari keje je petang tadi.. teringin pulak tekak aku nak makan.. sekali aku bagi idea dekat wife aku untuk tengok2 kalau-kalau kedai satay dekat Tasik Titiwangsa buka. Sekali aku pusinglah dekat area kedai satay station bersebelahan dekat Istana Budaya. Kebetulan aku lalu kedai tu buka.. apa lagi cari parking n terus gi order dekat kedai tu.. apa yang aku order 1 mee rebus, 20 cucuk satay campur ayam dan daging, air suam dengan tea o ais limau. Layan gambar yang sempat aku snap guna Garmin Asus A10 .. pinjaman dari Digi Nilah dia signboard utama kedai satay station dekat Kg. Pandan menu sampingan mee rebus... emmm sedapnya Harga RM 6.00 -------------------------------------- testimoni mee rebus dari sygku.. katanya sedap.. mula2 nak order 2 sekali pikir punya pikir order satu je.. nilah dia menu utama aku petang tadi satay ayam 10 cucuk, daging 10 cucuk.. last-last nak muntah aku kekenyangan makan.. hehehe Harga RM 0.90 secucuk -----------------------------------...