Tuah Seorang Blogger Menang Kereta BMW X6 di CityGolf
Salam semua, Aktiviti aku semalam petang adalah bersantai bersama-sama blogger-blogger nuffnang di CityGolf Bangsar Shopping Centre … korang nak tahu kita orang buat apa dekat sana? baca sampai habis ye. Kebetulan rumah aku dengan Bangsar Shopping Center ni tak jauh so kita orang pergi lewat-lewat sikit.. sampai-sampai je tak jumpa pulak lokasi CityGolf ni.. pusing punya pusing tiba-tiba terpandang dekat satu papan tanda sebelah tiang tulis CityGolf.. ahhh lega rasanya sebab jumpa juga dengan tempat yang dicari tu. Sampai-sampai je dah ada orang beratur tengah register.. masa tu belum ada yang kenal lagi.. almaklum jelah tahun ni rasanya baru kali kedua join event nuffnang ni.. so memang kurang kenal sikit dengan blogger-blogger ni. tak lama lepas tu muncul sorang-sorang blogger yang selalu aku jumpa macam Cik Lily Putih , Jejai , Eyriqazz , J.M.R , Bean Moreno dan Pn.TharaSofian .. sebenarnya ramai lagi tapi nama tak tahu.. hehehe.. sorry ye. Cik. Malarang...