Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang
Alhamdulillah selesai sudah perkara yang wajib, hujung minggu lepas sempat melapangkan masa pulang ke kampung mertua di Penang untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah cucu ke-3 mertua, kali ni dapat anak saudara perempuan pulak.. baby baru kepada adik cik isteri… Majlis aqiqah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.. 2 ekor kambing ditumbangkan walaupun untuk baby perempuan sunat seekor kambing sahaja. sebenarnya satu ekor lagi sumbangan dari mertua untuk dibuat kambing golek.. yang seekor untuk majlis aqiqah dimasak dengan masakan kurma.. Aktiviti melapah kambing pada sehari sebelum majlis kenduri aqiqah.. buat-buat macam pandai je ni orang yang tengah lapah tu.. :-) Pada awal pagi dihari majlis aqiqah.. kerja-kerja mengemaskan meja dan menyiapkan ruang makan untuk tetamu yang akan hadir. Jam 12.00 tengahari kambing yang akan digolek telah tiba.. senyum je abag tu Menurut tokey kambing golek ni.. kambing ni dah di kukus dan diperap dengan rempah...