Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kemalangan Bus

Selamat Sampai Di Balik Pulau Penang Serta Kemalangan Bus Masuk Gaung

Imej
Salam pagi semua, Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau. Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau. Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera... Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu.. Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian.. Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit. Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... K...

Kemalangan Maut 11-11-11 di Slim River-Behrang

Imej
  Salam semua, * Update terkini Foto kemalangan boleh rujuk disini Sumber : BERNAMA : Empat Pelajar Maut, Lima Parah Dan 20 Cedera Dalam Kemalangan Sumber : Berita Harian Online : 3 pelajar maut nahas bas-treler di Behrang Nahas di Behrang: Seorang guru turut maut Sumber foto : http://mstar.com.my/ Ingat lagi tak dengan tarikh 10-10-10 ni.. kalau korang masih ingat pastinya korang pernah baca entri aku sebelum ni “ 12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan ”. Kemangan maut 10-10-10 Hari ini 11-11-11 sekali lagi negara digemparkan dengan satu kemalangan maut melibatkan bus katanya di Slim River-Behrang awal pagi ini.. apa yang aku dengar di radio sinar.fm tadi pagi setakat ini telah meragut  3 nyawa. Berita lanjut & gambar akan menyusul kemudian Status kemalangan di Km 382 arah selatan (Slim River-Behrang) Takziah diucapkan kepada semua mangsa & keluarga.. semoga yang roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan...

Senarai Nama Mangsa Kemalangan Bas Di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

Imej
Salam, Takziah aku ucapkan kepada semua anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam.  Kredit foto myMetro Online Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi semalan, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang. Ini merupakan kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa. Kredit foto myMetro Senarai mangsa kemalangan maut 1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia 2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia) 3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki) 4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan) 5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan) 6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki) 7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki) 8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan) 9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelak...

Punca Yang Meragut 13 Nyawa di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan

Imej
Salam, Korang masih ingat tak kes kemalangan Bus Delima yang meragut 12 nyawa di KM 223 Lebuh Raya Utara Selatan pada 10-10-10 . Hari ini sumber dari Bernama mengatakan punca kemalangan adalah akibat bas dipandu laju dengan kelajuan 120 kilometer sejam.. wahhhh laju tu.. memang patut pon ramai yang mati kalau dengan kelajuan tu. Korang baca laporan yang aku petik dari Utusan Online . KUALA LUMPUR 24 Okt. – Bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 13 nyawa di Km 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lepas, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, itu adalah antara penemuan kajian dan analisis saintifik mengenai kemalangan itu yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). Beliau berkata, berikutan kemalangan itu satu mesyuarat membabitkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan...