Selamat Sampai Di Balik Pulau Penang Serta Kemalangan Bus Masuk Gaung

Salam pagi semua,





Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau.

Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau.

Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera...

Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu..

Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian..

Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit.

Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... Kemalangan Bus Masuk Gaung, Balik Pulau Penang

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan.. Alfatihah buat yang meninggal dunia tadi.. Semoga meninggal dalam keadaan syahid.. Amin

posted from Bloggeroid

Ulasan

  1. Walaupun Balik Pulau dah siap jalan baru masih lagi berlaku kemalangan kan..

    Apapun kena hati2 di jalan raya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak