Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Cerita ni dah hampir seminggu yang mana tak sempat-sempat nak share dengan pembaca semua, bermula ceritanya dari beberapa hari sebelum aku bawa kereta aku gi service dekat pusat service aircond.. tetiba aircond kereta aku tidak sejuk masa aku ontheway gi jemput cik isteri dari pejabat sepanjang perjalanan hanya keluar angin panas je.

Aku mula-mula suspect mesti ada masalah pada aircond aku ni.. takkan gas habis lagi.. padahal beberapa bulan yang lepas aku dah repair hose aircond yang bocor tu.. takkan rosak lagi.. itu yang bermain-main dekat kepala aku..

Services Aircond Myvi 1

Jadi disebabkan memang dah genap 5 tahun aku pakai kereta tu dan memang langsung tak pernah service aircond tu.. aku pun cubalah servey-servey pusat service aircond yang murah dan senang aku hantar.. sebelum tu aku dah study dan cari maklumat pasal service aircond myvi ni serta anggaran kos jika berlaku kerosakkan melalui internet.

Jadi petang jumaat tu aku singgahlah beberapa kedai area umah aku yang ada buat service aircond.. so aku dapatkanlah anggaran kos service aircond ni termasuk tukar cooling coil kalau-kalau dia rosak.. lebih kurang dalam RM550 kata tokey tu.. so disebabkan aku rasa aku mampu bayar ikut burget tu.. aku set time dengan tokey tu sebelah pagi sabtu untuk hantar kereta..

Sekali aku hantar untuk service bila dia dah start buka komponen aircond tu baru tahu ada beberapa komponen utama dah rosak.. dalam hati aku habislah aku kali ni berapa ratuslah kena repair ni.. nak tahu tak berapa kos semua? jom layan gambar dulu.. nanti aku cerita sambil aku tunjuk gambar dekat bawah ye.

Services Aircond Myvi 2 Services Aircond Myvi 3Services Aircond Myvi 4 Services Aircond Myvi 5Services Aircond Myvi 6 Services Aircond Myvi 8

Bukan mudah nak service aircond kereta myvi ni.. sebab dashboad akan dibuka terlebih dahulu.. pastutlah kos repair aircond ni mahal.. kerja ni bukan mudah kalau orang tu tak biasa buka dashboard myvi ni..

Services Aircond Myvi 9 Services Aircond Myvi 10Services Aircond Myvi 11 Services Aircond Myvi 12

Setelah dashboard selesai ditanggalkan dari dalam kereta.. proses mengeluarkan box aircond juga memerlukan kesabaran dan kepakaran.. salah tarik boleh menyebabkan pin akan patah.

Services Aircond Myvi 13 Services Aircond Myvi 14Services Aircond Myvi 15 Services Aircond Myvi 16

Kerja-kerja mengeluarkan blower dan cooling coil untuk dicuci..

Services Aircond Myvi 17

blower masih ok.. hanya perlu cuci sahaja.. tapi cooling coil memang dah tak boleh cuci sebab dah ada kesan bocor… ada sesetengah kedai masih boleh tampal bahagian bocor tu.. tapi kedai ni takda buat repair cooling coil.. jadi aku kata tukar jelah senang.. nanti kalau repair-repair silap-silap haribulan bocor lagi.. kena buka lagi dashboard aku..

Services Aircond Myvi 18

Lepas je semua komponen aircond di buka.. maka kenalah tukar beberapa komponen yang dah rosak.. tokey tu terus keluarkan kertas putih untuk bagi senarai harga barang yang kena tukar.. mula-mula ingat kos service aircond cuma RM550.. sekali ada banyak barang yang rosak tak pasal-pasal kena RM1,253.00 + dengan tukar tayar terpakai sekali sebiji RM140 (tayar ni takda kene mengena dengan aircond.. tapi kebetulan masa aku hantar kereta nak service aircond tayar pulak bocor.. dek gara-gara kena paku setengah jengkal)… lepas minta kurang kenalah bayar semua sebanyak RM1,350.00..

Memang betul-betul dugaan betul.. jadi nak tak nak memang kena buatlah juga.. aku kata dengan tokey tu.. oklah buat je.. dalam hati dah pening mana nak cari duit ni.. sebab burget dah terlebih.. maka talian hayat pun terpaksa digunakan.. selamat ada banyak along-along yang nak tolong.. hehehe. terima kasih kepada yang sudi tolong waktu susah ni..

oklah jom kita sambung tengok gambar semula..

Services Aircond Myvi 19 Services Aircond Myvi 20Services Aircond Myvi 21 Services Aircond Myvi 22

nilah proses untuk keluarkan kondensor yang dah rosak.. nak taknak kena buka lagi bumper depan.. barai lagi semua..

Services Aircond Myvi 23

ada yang kata kalau kereta dah 5 tahun atau jarak perjalanan kita dah melebihi 150,000km bersedialah untuk tukar kondensor yang baru.. betul ke? sebab aku punya kereta memang dah lebih dari 150,000km memang patutlah dah rosak..

Services Aircond Myvi 24

hose aircond ni merupakan kali kedua aku tukar hujung tahun lepas aku pernah tukar juga gara-gara bocor.. kalau korang perasan nampak tak getah tu macam berminyak.. kat situlah bocornya.. bila kompresor dah tak bekerja dengan betul.. maka tekanan yang kuat akan berlaku dah menyebabkan hose tu mudah bocor.. itu yang tokey kedai cakap.. kalau salah aku bohonglah korang.. hehehe..

Services Aircond Myvi 24-1

nilah antara komponen yang terpaksa ditukar selepas 5 tahun aircond aku tak diservice.. sebab tu ada orang cakap biar keluar duit sikit service aircond setiap tahun dari keluar duit selonggok macam aku kena ni.. terduduk sekejab bila dengar kosnya lebih dari 1K..

 Services Aircond Myvi 25 Services Aircond Myvi 26

kondensor baru yang akan dipasang.. nampak kondensor ni lagi tebal dari sebelumnya.. ianya dari jenama Dowson.. berharga RM285.00

Services Aircond Myvi 27 Services Aircond Myvi 28

Yang ni pulak cooling coil yang baru juga dari jenama dowson.. yang nilah dipasang didalam dashboad kereta.. sebab tu kalau nak keluarkan bendalah ni.. kena buka semua dashboard tu macam dekat atas tu.. harganya juga dalam RM250.00

Services Aircond Myvi 29

Yang ni dipanggil Valve dari jenama Denso.. juga dipasang bersama dengan cooling coil.. ada orang cakap kalau tukar cooling coil.. valve ni kena tukar sekali.. kalau tidak mungkin aircond akan ada problem semula.. ada sapa-sapa yang boleh sahkan statement aku ni.. betul atau tidak? Valve ni nampak je kecik tapi harganya besar.. harganya RM185.00

 Services Aircond Myvi 30 Services Aircond Myvi 31

Hose aircond yang baru dari jenama denso juga.. harap-harap lepas ni dah tak bocor lagi.. harga hose ni adalah RM110..

Services Aircond Myvi 32

kerja-kerja memasang kondensor baru.. masa ni matahari dekat betul-betul atas kepala.. panas wooo..

Services Aircond Myvi 33

semua komponen seperti blower, cooling coil dan valve dah dipasang dalam box ni.. box ni akan dipasang semula didalam kereta dibawah dashboard.

Services Aircond Myvi 34 Services Aircond Myvi 35

kerja-kerja memasang semula box aircond serta dashboard dan kelengkapan lain.. korang tahu tak kos buka dashboad dan pasang semula ni termasuk service aircond kalau takda kerosakan.. ianya menelan belanja RM250.00

Services Aircond Myvi 36

alhamdulillah bahagian dalam dah siap semula.. check semua suis ok..

Services Aircond Myvi 37

Proses yang terakhir.. yang mana lepas semua komponen luar dan dalam siap dipasang.. barulah gas aircond akan diisi.. masa ni aku dah tak tunggu.. aku dah letih tunggu dari pagi sampai jam 3 petang.. aku cakap dengan tokey tu.. bila kereta dah siap baru call.. sebab masa tu aku dah lapar.. anak bini dekat rumah pun tak makan lagi.. sempat balik rumah makan dengan anak bini.. hehehe.. lebih kurang jam 4.30 petang tokey dah call kata kereta dah siap.. terus aku siap-siap gi ambil kereta.. alhamdulillah lepas tukar semua komponen yang bermasalah tu aircond dah kembali sejuk macam aku mula-mula beli kereta 5 tahun yang lalu.. mananya tak sejuk dah terbang lebih 1K.. huhu

Itulah serba sedikit pengalaman aku service aircond kereta myvi aku.. jadi kepada pemilik kenderaan yang sama dengan aku.. ada baiknya korang servicelah aircond tu setahun sekali walaupun tak rosak.. sebab bila dah rosak.. memang kos yang tinggi akan korang tanggung..

Apa yang penting kata tokey tu.. jangan selalu buat main thermostat aircond tu.. sebab boleh menyebabkan aircond menjadi masalah nanti.

Diharapkan dapatlah memberi sedikit gambaran kepada rakan-rakan yang nak merancang untuk service aircond kereta tu.

Kos service aircond mungkin berbeza mengikut kedai service.. jadi kos yang aku bagi tu boleh korang jadikan rujukan sebagai burget andai kata kerosakan besar berlaku pada komponen utama aircond kereta korang.

Ulasan

  1. tu diaaaaaaa.... tak berkelip kelip mata aku baca citer hang nih... boleh tahan jugak harganya kalo dah bocor.. agak berbaloi jugak laaa sebab bukak dashboard dll tu perlukan kepakaran.. takpa lah.. asalkan sejukkkkk dalam kereta.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kerana anak bini.. janji family selesa.. tu yg penting.. hehehe.. lepas ni kena kerja keras semula kumpul duit.. hehehe

      Padam
  2. Thermostat aircond kereta tu yg mana ye? Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thermostat yang tempat laras aircond sejuk tu tombol sebelah kanan sekali..

      Padam
  3. Balasan
    1. tulah memang ramai yg cakap harga tu normal.. tapi sesekali kena macam banyak pulak kena byr.. huhu

      Padam
  4. lepas nie kena join si Kid jadi reseller UNIFI.... tambah pendapatan....

    BalasPadam
  5. hehe amid dah masyuk tak payah jual apa dah hehe

    http://www.suterablogger.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... Alhamdulillah mudah2an masin mulut hang tu.. He3

      Padam
  6. Terima kasih sebab tulis cerita nih, jadi pedoman kat orang lain yang belum service ekon lagi......

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. thanks for info bro

    BalasPadam
  8. Saya punya kete dr mula beli dah 6 thn tak pernah service air cond. Millage pun dah 140k..air cond dah mula bt hal..kena stanby rm1.5k la.

    BalasPadam
  9. Bro, nk slamat, buat appointment kt denso, harga jauh lebih murah. Major service- rm350 jekkk
    quality- 5 stars bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro...Sngguh ka? cer bagi detail ckit camna nak berhubung ngn denso. Glenmarie? Pegi terus ke?

      Padam
  10. Mohd Afiq...mane nak wat temu janji? Glenmarie?

    BalasPadam
  11. Alo tuan tanah...tapi x semestinya...member aku pakai myvi dah 7thn x prnah service aircond...milage aku sendiri tgk dah 260K so far ok jer...bergantung cara pergunaan kot...mayb masa mati enjin lupa off aircond control ker....tp kalu sthn skali service anggaran rm280 baik tgg jadi mcm tuan tanah..alang2 ganti perabih dlm tempoh 5thn..barang baru laghi hehe..280 utk 5thn dah 1300 tu...

    BalasPadam
  12. Baru tukar kondenser air con. Semua sekali dgn minyak pelbagai jenis habes dlm 6rat. Servis kereta ni nak carik bengkel yg x menipu mcm satu dlm seribu kot, xpayah ckp cina yg Melayu pon sama naik bulan Ramadan ke Rejab ke.. Susah nak carik bengkel yg jujur sekarang..

    BalasPadam
  13. memang betol x pyh servis aircon tiap2 thn..sekali servis silap2 bole cecah 1k,mana taknya,tauke akn cakap ini mau tuka itu mesti tuka..lebih baik tggu betul2 rosak,cam aku pakai gen2 dah 9 thn tak penah servis sekali pun..aku akan tggu sampai rosak.

    BalasPadam
  14. Welcome...myvi complete set dgn compresser (riccon) 6 month waranty...condenser big,dhose,valve orginal, service blower open deshboard complete rm1299.00 prem 0162986361

    BalasPadam
  15. Saya blh tlg..cina memang tipu...colling coil 2 kalau tak bocor blh pakai...flush pakai solvent..yg perlu tukar compresser,condenser,valve ja...bangsa cina memang mcm 2 ...tipu ja tau...kalau p puchong dtg workshop saya..number saya 0162986361...prem tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti boleh recommend member2 kalau nak service aircond

      Padam
    2. Boleh harga saya special kalau banding dgn luar tentu you tau...bro...untung skit skit sudah janji kita dan custemer puas....tq

      Padam
  16. Harga best in puchong 4 ur car aircondition...all quality parts......include fitting....can trust, ur satisfield my priorty....all parts with waranty.....1.cooling coil...proton ssgs, wira,perdana rm120.00 ...compressser rm350.00 6 month waranty....valve japan rm 55.00 drier rm 35.00...lg banyak yg saya tak dpt tuliskan...ingat i tak tipu mcm cina...number saya prem 0162986362

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro kalau saya nak buat service (cuci cooling coil, kompressor, condensor dengan flushing) sahaja barang semua takda tukar anggaran berapa barget bro.. ingat hujung tahun atau awal tahun nak buat nanti..

      Padam
  17. Kereta apa bro...kalau proton include gas, service,chemical flushing,gas n oil conpltete rm120.00 ja

    BalasPadam
  18. Kalau myvi complete service cooling coil gas oil.service charge open deshboard rm 200.00 ja(brg tak tukar)

    BalasPadam
  19. kedai ni pandai.. dia tukar semua .. janji x ada masalah akan datang.. janji coustomer boleh bayar....

    Dan satu lagi..

    Masa servis.. cuma tanya kan kedai.. boleh tukar minyak aircond compressor x..

    atau FLUSHING SYSTEM AIRCOND

    Servis ni boleh memanjangkan hayat compressor selain membuang segala kelembapan dalam freon dan minyak..

    BalasPadam
  20. alamak nampak gayenye kos kerugian saya msti same ngn bro.. sbb dah lebih kurang je mileage kete ngn usia kete kite...

    BalasPadam
  21. Untuk pengetahuan korang...kereta myvi mempunyai masalah aircon yg serius...servis..tukar ape sekalipon.....next month buat hal lagi...di sini sya ingin kongsikn pengalaman sya sebgai specialist aircon kenderaan...flush paip tu bila sistem aircon dah jem(naik minyak hitam)...sepatutnya tidak digalakan flush paip......hanya keadaan serius sahaja...condenser buat ape nak tukar...jika tekanan condenser tidak melebihi 200 psi......

    BalasPadam
  22. kalau jual je kereta tu sebelum kena tukar aircond ?

    tak logik eh ?

    Tuanbri.Com - Mentor Hartanah

    BalasPadam
  23. bang krt saya buka aircond kereta saya jd berat knpe ya

    BalasPadam
  24. Kalau macam tu saya punya lagi murah la, saya pergi kedai encik Moin, nama kedai tu Multimec, dia guna set yang OEM, bukan recond, tapi copy yg ori, yg ni tahan lama,,

    Dia bagi
    compressor baru,
    coolling coil baru,
    expansion valve baru,
    condensor baru,
    masuk gas,
    upah,

    =RM1385... tak tipu bro, gua bole tunjuk resit kalau nak

    BalasPadam
  25. As.sallam nk tnya servis air cond myvi full servis berapa harga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak