Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Covid-19 | Hari Ke-6 Perintah Kawalan Pergerakkan

Imej
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera warga Malaysia... diharapkan anda semua terus sihat dan kekal berapa di rumah masing-masing bersama keluarga tercinta pada masa ini... Bagi yang sedang menjalankan tanggungjawab dan bekerja dipejabat atau lapangan.. semoga anda semua dalam keadaan sihat dan dilindungi oleh Allah S.W.T. Hari ini merupakan hari ke-6 perintah kawalan pergerakkan diwartakan diseluruh negara bagi mengekang penyebaraan wabak COVID-19 ni.. Dalam pada masa yang mencabar ini.. kesabaran dan toleransi bertolak ansur perlu dilakukan.. bagi menjaga keharmonian kita semua.. Jika ada keperluan mendesak untuk keluar dari rumah membeli bahan-bahan asas keluarga.. hanya ketua keluarga sahaja yang keluar dan jangan sesekali anda membawa keluarga yang lain keluar dari rumah anda.. Macam kami syukur alhamdulillah kedai runcit di bawah rumah masih dibuka.. dan dapat kurangkan pergerakan untuk keluar membeli pada jarak yang jauh.. Buat masa ini kami suami iste