Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makanan

Edy Murtabak Special Uniten Bangi | Menu Wajib Di Bazar Ramadhan

Imej
  Salam semua, Selalunya kalau nak jumpa murtabak ni, time bazar ramadhan je.. memang banyak gila orang akan jual.. so kalau korang dah tak sabar nak makan murtabak ni.. aku boleh cadangkan satu tempat yang kalau-kalau korang lalu ke kawasan UNITEN Bangi tu boleh singgah di gerai Edy Murtabak Special berhampiran pintu utama masuk ke UNITEN. Kebetulan minggu ni cik malarang ada kursus dekat UNITEN .. so aku berpeluanglah nak rasa kesedapan murtabak speacial ni.. Jomlah kita layan gambar dulu.. Dari gambar yang diambil oleh cik malarang ni.. aku pun tak sure mana satu tokey kedai yang nama Edy tu.. hehehe mungkin juga yang pakai topi merah tu atau yang pakai baju putih tu. Agak- agak korang nak buat tempahan awal untuk jamuan makan ke.. korang boleh call dulu supaya korang taklah beratur lama nanti.. rasa-rasanya kalau program jalan-jalan cari makan TV3 buat review dekat kedai ni.. confirm kena serbu lagi ni.. lagi-lagi nak bulan puasa ni.. mau berebut pengu...

Nikmat Malam Jumaat Bersama Potato Wedges

Imej
Salam semua, Hari ni mood kelaut sikit.. Tu yang nak masuk tidur ni baru nak ringankan tanggan tulis entri... Entri sembang-sembang kosong je.. Si comel pulak bila time lepas magrib atau balik dari rumah pengasuh je.. Mesti buat perangai dulu... Paling tidak 15 minit mesti nangis sekuat-kuatnya macam kena sengat tebuan... Habis meleleh semua air mata jantan dia.. Hehe. Kebetulan aku dengan cik malarang kelaparan so godeh-godehlah peti ais apa yang boleh dibuat alas perut.. Nak makan nasi cik malarang tak mau katanya takut badan naik... Emmmm yeke boleh gemuk kalau makan nasi waktu malam? Penyudahnya aku jumpa dua barang dekat atas tu... Satu paket potato wedges yang belum di goreng dengan serbuk cheezy wedges yang belum di bancuh... So apa lagi projek masak memasak bermulalah. Sementara cik malarang tengah pump susu, akulah yang jadi chef dekat dapur... Setelah hampir 20 minit aku beraksi di dapur akhirnya siap juga menu dinner kami yang ringkas tu. Amacam boleh jadi...

15 Resepi IBU Semasa Berpantang

Imej
  Salam semua, Kebetulan sekarang ni cik malarang tengah berpantang.. so aku nak kongsikan 15 resepi ibu berpantang yang boleh digunakan untuk menu harian. Sumber dibawah dipetik dari BLOG IBU HAMIL Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka. Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri. Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'. Rujukan Berkaitan: 1. http://hamil.mustaffa.org/alahan-semasa-mengandung 2. http://hamil.mustaffa.org/makanan-ketika-berpantang-mengikut-orang-dulu-dulu 3. http://hamil.mustaffa.org/gula-ta...

Karipap Berintikan ???

Imej
  Salam semua, Sebelum aku nak tidur tadi cik malarang ada ceritakan pasal karipap yang aku belikan tadi pagi untuk buat sarapan tu berintikan ???. Kenapa aku guna simbol tanda soal tu? sebabnya aku pon tak tahu nak cakap apa sebenarnya inti dalam karipap tu.. sebab tu aku guna simbol ??? First entri ni bukan untuk aku memalukan mana-mana peniaga kuih.. cuma nak beri peringatan supaya ketika buat kuih tu berhati-hatilah selalu & jangan cuai. Korang cuba perhatikan image 1 hingga image 4 apa yang korang boleh simpulkan? sebenarnya kalau korang perhatikan betul-betul inti karipap tu bukanlah dari ubi kentang atau sardin tetapi karipap dekat atas tu berintikan seketul tepung gandung yang dah diuli. Aku tak salahkan peniaga tu.. mungkin masa dia buat kuih karipap ni adalah salah sorang anak kecil dia tolong masukkan inti sekali.. tapi mungkin anak kecil tu main-main dan bukan inti sebenar yang dimasukkan tetapi tepung yang dikepal bulat-bulat.. (ni teori a...

Laksa Penang Balik Pulau | Air Tangan Ibu Mertuaku

Imej
  Salam semua, Tengahari ni aku nak tunjuk gambar je ye dulu… cita tak mau.. entri khas untuk adik ipar aku yang duduk dekat kl tu .. hehehe Bahan-bahan untuk laksa penang Kuah laksa penang… tak sempat nak minta resepi lagi ni.. ni laksa beras kata ibu tadi macam-macam sayur ada.. yang aku tak makan cili merah tu je.. ready to bubuh kuah ni yang ni ready to masuk perutlah ..hahaha Nota kaki : Beruntung betul aku dapat ibu mertua yg memahami citarasa aku.. hehehe.. tq ibuku.. sedapnya laksa ibu ni… nyam..nyam.. ;-)

Tolong Carikan Aku Benda Ni!

Imej
Salam semua, Sebenarnya dah lama cik.pn. malarang minta aku tolong buatkan satu entri pasal benda ni.. tapi tak kesempatan dek kesibukan bekerja. So rasanya ada masa free ni.. aku nak tanya kot-kot korang pernah terjumpa, terguna atau terbeli bendalah ni.. boleh tinggalkan komen dalam ruangan komen dibawah ye kalau tahu. Korang nak tahu apa yang aku cari… sebelum tu korang jangan gelak pulak ye.. kalau korang nak kata benda macam ni pon nak masuk dalam blog ke? aku tak kesah pon.. sebab aku memang nak cari benda ni.   Ni lah yang aku cari sebenarnya.. Perencah mee bandung muar segera.. sebenarnya aku beli benda ni dekat pameran makanan dekat Mid Valley beberapa bulan yang lalu, so aku tak tahu kedai mana yang ada supply benda ni.. sebab aku terlupa nak ambil bissness card mamat yang jual masa tu.. So kalau-kalau ada yang pernah jumpa kasi inform ye.. Nanti aku masakan korang Mee Bandung Muar sebagai hadiah.. hehehe. *** Tetiba pulak nak cari benda ni.. nak buka ke...

Satay Station Cawangan Tasik Titiwangsa

Imej
Salam, Sebaik aku balik dari keje je petang tadi.. teringin pulak tekak aku nak makan.. sekali aku bagi idea dekat wife aku untuk tengok2 kalau-kalau kedai satay dekat Tasik Titiwangsa buka. Sekali aku pusinglah dekat area kedai satay station bersebelahan dekat Istana Budaya. Kebetulan aku lalu kedai tu buka.. apa lagi cari parking n terus gi order dekat kedai tu.. apa yang aku order 1 mee rebus, 20 cucuk satay campur ayam dan daging, air suam dengan tea o ais limau. Layan gambar yang sempat aku snap guna Garmin Asus A10 .. pinjaman dari Digi Nilah dia signboard utama kedai satay station dekat Kg. Pandan menu sampingan mee rebus... emmm sedapnya Harga RM 6.00 -------------------------------------- testimoni mee rebus dari sygku.. katanya sedap.. mula2 nak order 2 sekali pikir punya pikir order satu je.. nilah dia menu utama aku petang tadi satay ayam 10 cucuk, daging 10 cucuk.. last-last nak muntah aku kekenyangan makan.. hehehe Harga RM 0.90 secucuk -----------------------------------...

Dinner Bersama Isteri Tercinta

Imej
Salam, Meluangkan masa bersama isteri tercinta adalah satu amalan yang baik dan mulia.. tapi kalau meluangkan masa dengan boyfriend @ girlfriend adalah satu amalan yang perlu dijauhkan.. kerana bila lelaki dengan perempuan berdua2-duaan bukan muhrim, ada sebenarnya makluk ke-3 di atara mereka iaitu SYAITAN.. Oklah kembali kepada tajuk asal dekat atas tu.. semalam aku gi bawa tersyg aku dinner di satu kedai tepi jalan di Kg. Sungai Pencala - Damansara. Kami tak mampu nak dinner di hotel 5 star.. so gerai makan tepi jalan je kita orang singgah.. hehehe. Walaupun gerai tepi jalan je.. tapi makanan dia memang puas hati dah sedap. masa bujang dulu kedai tulah jadi dapur aku.. balik dari keje je mesti singgah makan malam dulu dengan member baru balik rumah.. Kalau korang nak g makan dekat kedai ni.. korang masuk je Kg. Sg Pencala berdekatan dengan Kilang Motor MOMOS @ MOFAZ.. betul2 dekat depan kilang tu.. cari dalam google.. sebab nama kedai takda..hahaha. Ok layan dulu beberapa gambar kena...

Jalan-Jalan Cari Makan di Doli - Kuey Teow Goreng

Imej
Salam, Entri aku ni sepatutnya aku buat petang tadi.. tapi penat punya pasal malam ni baru larat nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Korang penah dengar tak kedai Doli Kuey Teow Goren g ? bagi orang Taiping Perak tentu dan familiar dengan nama kedai makan ni. tapi bagi aku orang johor ni sudah tentu-tentu tak pernah dengar. Tengah hari tadi lepas aku habis meeting dengan nuffnang dekat Taylors Universiti Sunway wife aku ajak g makan tengahari dekat Doli Taman Tun Dr Ismail, KL. Memang rezeki kami nak makan dekat situ kot.. sebab sampai2 je memang tengah ada 1 parking kosong betul2 depan kedai tu.. apa lagi terus parking dekat situ. kata wife aku biasanya orang beratur kalau hari biasa.. tapi masa aku sampai tadi ramai juga orang tengah makan dekat Doli ni. Sampai je terus duduk n order kuey teow goreng biasa dengan kuey teow goreng special, minum sirap limau ais dan limau ais.. aku nak tahu juga apa yang special tu.. sekali sampai korang tengok gambar dekat bawah ni.. nilah dia kuew...

Jenama sosej yang tak boleh dimakan

Imej
Salam Jumaat semua, dipagi mulia ini ingin aku kongsi bersama2 pasal cerita sosej ni dan mungkin ramai yang gemar makan sosej termasuk aku. apa yang aku nak cerita dekat sini terdapat beberapa jenama sosej yang diragui status kehalalannya. benar atau tidak harap kita sama2 waspada memakan benda2 tidak halal ni yang akan menjadi darah daging kita. Berikut adalah senarai brand sosej yg tidak halal. 6 jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah · Gourmessa · Muller's Haus · Dew Fresh · Puteri · Miami Butcher House · Maspac Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; · Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa) · German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh) · Puteri Pan Pacific (Puteri) · MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House) · Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) · Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac) Projek Koordinator PPIM, Noor...