Amanah Hartanah Bumiputera | Pelaburan Hartanah Berhad
Salam, Mungkin semua orang dah sedia maklum berkenaan peluang pelaburan baru dalam unit hartanah yang baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 29 November 2010 lepas dengan diberi nama Amanah Hartanah Bumiputera. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) merupakan unit amanah saham berlandaskan Shariah. Mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank. Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB? - Taraf Bumiputera Malaysia - Akaun Kanak-kanak / Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/ remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah ) - Akaun Dewasa ( 18 tahun keatas ) Berapa harga bagi se unit AHB? Harga se unit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00 Berapa pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan? - Pelaburan permulaan minimum RM500 - Pelaburan maksimu...