Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tahnik dan bercukur

Mengambil Keberkatan Hari Ke-7 Kelahiran

Imej
Salam semua, Setiap ibu & ayah mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya, begitu jugalah aku dengan cik malarang telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama anak, membuat tahnik dan mencukur rambut anak kami. Muhammad Harraz Fahim nama diberi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik apa yang kami rancang dengan bantuan seorang ustaz di kampung cik malarang ni untuk membuat tahnik dan juga mencukur rambut baby kami ni. Sebelum membuat tahnik.. ustaz membacakan doa.   Gambar diatas menunjukkan ustaz sedang mentahnikkan Muhammad Harraz Fahim..bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tahnik adalah air zam-zam, kurma, kismis dan madu. Video Rakaman Tahnik Habis sahaja membuat tahnik.. ustaz terus mencukur rambut Muhammad Harraz Fahim sampai botak licin.. rasanya kalau nak cukur kena orang yang dah biasa.. kalau tak memang susah sebab asik bergerak je baby ni. Rambut yang telah dicukur tadi kami akan timbang dan nilaikannya dengan emas @ perak....