Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Petrol

Petrol RON95 Dan RON97 Turun

Imej
Alhamdulillah dah masuk bulan terakhir di tahun 2014.. tinggal lagi sebulan kita semua akan meninggalkan tahun 2014 dan akan muncul tahun 2015.. yang mana tahun 2015 dikhabarkan merupakan tahun yang mencabar dengan ketidak tentuan ekonomi dunia.. Apa pun syukur sebab tengok paper hari ni.. petrol RON95 yang ditarik balik subsidinya telah di turunkan harganya.. begitu juga dengan RON97 turut diturunkan harganya walaupun masih ada subsidi.. Kepada yang menggunakan kenderaan sendiri ke tempat kerja pastinya dapat menarik nafas lega untuk tempoh sebulan ini.. harga untuk bulan hadapan kita tunggu samada kekal.. naik atau turun.. semua bergantung kepada harga pasaran dunia.. Teruskan berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh..

RON97 Naik 15 Sen Berkuatkuasa 1 Disember 2010 | Hadiah Buat Rakyat Malaysia

Imej
Salam malam, Balik2 je dari makan malam dengan family mertua aku tadi, terus dapat berita dari wife aku yang dia terbaca dalam FB bahawa esok 1 Disember 2010 jam 12.00 a.m minyak kenderaan bagi kategori Ron97 dinaikkan lagi sebanyak 15 sen.. Aku rasa belum ada sebulan Ron97 dinaikkan.. sekarang dinaikkan lagi.. last dinaikkan pada 2 November 2010 sebanyak 5 sen . Nasib baiklah aku tak guna Ron97.. kalau tak mesti aku terasa beban kenaikkan 15 sen ni.. Bagi aku ini adalah hadiah pihak kerajaan kepada rakyat semua.. Terima kasih PM. P/S: Suka tak minyak naik lagi? Sebelum ni Ron95 naik pon korang tak sedar.. tau-tau check dekat meter petrol pump betullah dah naik.. pasal apa setiap kali naik PM tak mau umum ye macam sebelum ni.. seronok juga nampak kereta berbaris panjang dekat petrol pump nak isi minyak.. Tagged as : Harga Petrol RON 97 Naik lagi , Petrol dinaikkan lagi hari ini , Harga Minyak dinaikkan lagi -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebo...

[Berita Terkini] Berkuatkuasa Hari ini Harga Petrol Ron 97 dinaikkan ke 5 sen

Imej
Salam, Kita semua sedia maklum bahawa sebelum ini Petrol RON 97 dijual dengan harga RM 2.10 dan berkuatkuasa hari ini 2 November 2010 RON 97 telah dinaikkan lagi sebanyak 5 sen menjadikan harga terbaru RON 97 adalah RM2.15 . Tujuan kenaikkan ini bagi mengurangkan beban subsidi kerajaan. Bagaimanapun RON 95 kekal dengan harga sekarang RM1.85 Apa pandangan korang bila Petrol naik lagi.. sedangkan baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion , yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong. Bagi aku walau Petrol naik RM 10.00 sekali pon rakyat tetap beli sebab dah menjadi keperluan asas untuk kenderaan. Tapi mampukan rakyat menanggung beban ini selama-lamanya? Tagged as : Harga Petrol RON 97 Naik lagi , Petrol dinaikkan lagi hari ini , Harga Minyak dinaikkan lagi