Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menteri Kewangan

Persiapan Bilik Media Untuk Pembentangan Bajet 2011

Imej
Salam, Esok menjelangnya pembentangan bajet 2011 dan setiap kali bajet menjelang aku nilah salah sorang yang sebuk juga.. bukan aku yang nak g bentang bajet tu tapi aku sebuk sediakan tempat untuk pihak media menyediakan berita laporan pembentangan bajet tu. kalau korang nak tahu dah 4 tahun aku terlibat dengan pembentangan bajet ni.. so pengalaman untuk penyediaan kemudahan seperti sistem komputer dan internet untuk reporter tu aku dah masak dah. Sehari sebelum pembentangan bajet, team teknikal dah sebuk membuat pemasangan sistem komputer dan rangkaian internet dalam dewan. Macam petang tadi kita orang semua dah siapkan semua kemudahan untuk reporter menjelang esok hari. Esok hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk dalam dewan ni.. sebab semua dokumen penting dan sulit pasal pembentangan bajet ni akan sampai esok pagi untuk laporan pihak media. bukan tu je, bilik ni pon esok akan dikawal ketat oleh pihak polis supaya takda maklumat yang bocor keluar sebelum pembentangan bajet eso...

Bajet 2011 : Jumaat, 15 Oktober 2010

Imej
Salam malam semua, tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan dibentangkan sekali lagi dengan bajet 2011. Bajet 2011 kali ini akan dibentangkan pada Jumaat, 15 Oktober 2010. So bagi kakitangan kerajaan sudah pastinya ternanti-nantikan berita gembira dari kerajaan bukan.. apa lagi kalau bukan pengumuman BONUS kakitangan kerajaan. sebenarnya masih dalam teka-teki lagi adakah bonus tersebut ada atau sebaliknya. apa pon hanya akan diketahui pada Jumaat ini. Bagi aku kakitangan swasta tiada apa yang aku rasa yang terkena tempias pasal bajet ni.. sebab selalu setiap kali bajet cuma kakitangan kerajaan je yang banyak dapat faedahnya dibandingkan kakitangan swasta macam aku ni... tapi kali ini aku harapkan bajet 2011 ni ada memberi sedikit faedah kepada kakitangan swasta juga, sebab kakitangan swasta juga sama-sama membantu membangunkan negara.. betul tak apa aku kata. so bagi korang apa yang korang harapkan untuk pembentangan bajet 2011 ni? Tagged as : Pembentangan Bajet 2011 oleh Y.A.B Dato' S...