Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dividen

Dividen Dan Bonus ASB 8.25 sen Tahun 2017

Imej
Alhamdulillah syukur.. Dividen ASB untuk tahun 2017 telah pun di umumkan semalam yang mana kadar dividen tahun ni lebih tinggi berbanding tahun 2016. Untuk kali ini PNB juga memberikan Bonus khas untuk 10,000 unit yang dimiliki pemegang dana sebanyak 1% atau RM100 yang mempunyai dana simpanan 10,000. Kredit image : awani Online Kepada pemilik dana, dividen akan di kreditkan pada 1hb Januari 2017 nanti didalam akaun masing-masing.. dan yang dah ada berdaftar di myasnb boleh semak secara online. Semoga dividen yang dapat kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.. Semoga PNB selaku pengurus dana dapat terus maju dan memberikan pulangan yang terbaik buat pemegang saham semua.

Dividen ASB 2015 7.25 Sen Bonus 0.50 sen Seunit

Imej
Sumber rujukan : Facebook PNB Alhamdulillah berita yang dinanti-nanti untuk penghujung tahun 2015 telah muncul.. walaupun lewat diumumkan seperti tahun sebelumnya.. tapi tidak mengapa masih dapat berita gembira pengumuman bonus dan dividen untuk pelabur ASB bagi tahun 2015. DIVIDEN : 7.25 sen BONUS : 0.50 sen Apa lagi jom kita buat anggaran berapa jumlah dividen yang kita perolehi tahun ni.. sebelum kita pergi serbu kaunter pejabat pos dan wakil jualan ASB pada 4hb Januari 2016 nanti.. Bagaimana? berpuasa hati dengan pengumuman dividen tahun ini.. walaupun menurun sebanyak 0.25 sen dari tahun 2014 tapi bagi pandangan peribadi saya masih berpuas hati dengan dividen yang diberikan. Jom tambah pelaburan tahun hadapan...  Sumber ilmu dan teknik pelaburan ASB berkesan

Dividen ASB 2013 7.7 Sen Bonus 1 sen

Imej
  Assalamualaikum, Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pemilik Amanah Saham Bumiputera yang mana kadar keuntungan ASB telah diumumkan hari ini.. Untuk tahun 2013 ASB memberi dividen sebanyak 7.7 sen seunit dan bonus 1 sen seunit.. Syukur Alhamdulillah..  Sumber rujukan : BERNAMA Sumber : ASNB Kalau nak check dividen ASB tu tunggu tahun depan ye.. 2hb Januari 2014 pakat-pakat gi serbu pejabat pos..

Pakcik Kayo | Pengumuman ASB 2010 Dividen 7.50 Sen Seunit

Imej
Salam, Alhamdulilah.. syukur.. berita yang lama aku tunggu selami ini.. mesti ramai yang tersenyum dengan pengumuman yang baru dibuat tadi berkenaan pengagihan keuntungan ASB bagi tahun 2010 iaitu sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit. Berita selanjutnya rujuk BERNAMA.COM Nota kaki : Kalau korang rasa banyak untung tahun ni.. pandai-pandailah manager duit tu ye... jangan bila dah kabur mata tengok duit dah banyak mula nak membazir. teruskan menyimpan untuk hari tua.. Tagged as : Pengumuman dividen ASB tahun 2010 -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

ASN3 AGIH PENDAPATAN 6.00 SEN SEUNIT

Imej
Salam, Semalam 24 November 2010 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2010. ( Berita penuh) Alhamdulilah Syukur rezeki buat pelabur untuk tahun 2010 ni. Macam aku memang takda 1 sen pon melabur dalam ASN3 ni, kalau dalam ASB tu adalah beberapa sen. Sekarang ni kalau takda modal nak melabur dalam ASNB ni pon boleh, sebab banyak bank-bank yang membuat tawaran pinjaman untuk pelaburan seperti ASB. Sebagai contoh Pinjam 50K bulan-bulan bayar RM2xx dan secara tidak langsung RM50K kita terus dilaburkan dalam ASB. Bagi yang bijak hanya perlu membuat bayaran setahun sahaja untuk bayaran bulanan dan tahun berikutnya dibayar menggunakan dividen yang diumumkan pada setiap awal tahun. Pada pendapatan korang untung atau rugi melabur dalam ASB ni dengan membuat skim pinjaman ASB.. kalau korang ...