Proton Inspira Vs Mitsubishi Lancer GT
Salam, Semua orang tertanya-tanya apa model yang bakal dilancarkan oleh proton pada bulan november 2010 ni dan akan menggantikan model Proton Waja. Teka-teki model dan harga mungkin dah ramai yang tahu bila rata-rata semua blog memaparkan cerita yang sama. Bukan itu sahaja kereta yang belum dilancarkan lagi telah tersebar diblog dan forum rupa dan harga melalui pemplete dibawah ni. Untuk makluman, semua gambar yang ada diblog ini adalah credit dari forum Proton Inspira yang aku rasa baru dilancarkan minggu ini. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai ada yang mengatakan kereta ini dijual pada harga serendah RM7x,xxx.xx dan untuk maklumat lanjut boleh rujuk utusan malaysia Mampukah model inspira menyaingi model terlaris Mitsubishi Lancer GT di malaysia? munkinkah juga model ini yang akan menjadi pilihan aku bagi kereta no.2 aku tahun depan.. hehehe.. sama-sama kita tunggu kehebatan model terbaru dari Proton ini. Tagged as : Model terbaru keluaran proton 2011