[Gambar Ngeri] Kemalangan Tanpa Bantuan Sesiapa
Salam jumaat semua, aku baru je dapat kirim email dari rakan sekerja berkaitan kemalangan ngeri yang aku kira takde perikemanusiaan sesama insan. ikuti luahan dari pengirim email dibawah. Salam, Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan. Kita tak tahu siapa yang...