Pelancaran DiGi Sony Ericsson W8
Salam semua, Terima kasih buat Nuffnang & DiGi kerana telah menjemput aku dengan cik Malarang dalam majlis pelancaran DiGi Sony Ericsson W8 malam semalam . Lebih kurang 25 blogger dari nuffnang telah menghadiri pelancaran Sony Ericsson W8 ni dan antara blogger yang aku kenal seperti Ceeramon & Hubby , afra yuri , Fazrol , Firdaus (wakil Kak Ina ) datang di majlis pelancaran tu. Yang menarik selepas pelancaran ni.. adalah pihak DiGi telah memilih 3 orang blogger yang hadir untuk membuat review Sony Ericsson W8 .. dan salah sorang yang bertuah adalah anak kepada Kak Ina iaitu Firdaus . Untuk 3 blogger tersebut mana-mana yang dapat membuat review terbaik akan memenangi terus Sony Ericsson W8 tu.. wah memang bestlah.. tapi kali ni aku takda rezeki nak buat review.. goodluck untuk 3 blogger yang terpilih tu ye. Dekat bawah ni sedikit ringkasan pelan terbaru dari DiGi Sony Ericsson W8 . Apa yang menariknya dengan DiGi Sony Ericsson W8 ? Our first DiGiMusic™ ...