Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kempen katakan tak nak

Katakan Tak Nak! Bebaskan Saya Dari Racun Ini Daddy

Imej
  Salam semua, Semua orang tahu dan sedia maklum setiap hari, setiap masa dan setiap detik kita di dedahkan dengan bahaya asap rokok.. mungkin kita tidak mengisapnya tapi jiran, rakan-rakan, saudara mara, ibu bapa dan masyarakat sekeliling kita pasti ada yang mengisap racun berbisa ini. Saya sebagai seorang bapa sudah semestinya menolak sekeras-kerasnya amalan mengisap rokok ini demi kesejahteraan dan kesihatan keluarga saya. Bukan sahaja saya yang menolak amalan buruk ini.. malah zuriat kami yang baru dilahirkan juga merayu supaya dibebaskan dari asap beracun ini.   Mahukan anda melihat zuriat anda merana dan mati terkulai dihadapan anda gara-gara keseronokkan diri anda menyedut asap-asap beracun ini? Pastinya jawapan yang waras akan mengatakan TIDAK! Untuk itu ayuh.. sama-sama kita menentang sekeras-kerasnya amalan mengisap rokok ini dan bebaskan keluarga kita dengan racun berbisa ini.. Katakan #TakNak! kepada mereka. Jom sama-sama mengamalkan gayahidupsiha...