Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2012
Salam semua & selamat hari pekerja, Pastinya ramai pekerja-pekerja tidak kira sektor swasta, kerajaan atau kerja sendiri yang sedang berehat dan bercuti dirumah hari ini sempena 1 Mei sebagai cuti umum hari pekerja. Kalau tahun-tahun sebelumnya hari pekerja nilah aku duk balun OT.. sebab bila cuti umum ni confirm boleh claim OT double & sesetengah syarikat kasi triple lagi.. Tapi disebabkan dah berkeluarga & ada anak kecik aku rasa ada baiknya aku berehat dekat rumah je jaga anak bini aku.. :-).. sebab time cuti nilah aku dapat gunakan sebaik-baiknya masa untuk berehatkan. Semalam PM ada buat satu pengumuman tentang kadar gaji minimum untuk pekerja sektor swasta yang mana dalam tempoh 6-12 bulan dari sekarang ni majikan diberi tempoh untuk bersedia memberikan gaji minimum untuk pekerja-pekerja mereka.. RM900 untuk pekerja sektor swasta di semenanjung Malaysia dan RM800 untuk pekerja sektor swasta di Sabah & Sarawak. Harap-harapnya dengan pengumuman in...