Bendera M'sia dibakar lagi, Rakyat Indonesia Tak Bersyukur
Salam pagi semua, tentu korang yang bergelar rakyat malaysia berasa kurang senang & marah bila bendera negara kita dipijak dan dikotorkan oleh pendatang asing. Baru sahaja kita selesai menyambut hari kemerdekaan ke-53 2 hari yang lalu tetapi sekarang macam2 kita dengar dan tengok dimedia masa tentang perlakuan rakyat asing terhadap negara kita. Berita yang aku baru baca tadi menujukkan sikap kurang ajar segelintir rakyat indonesia apabila mengotorkan bendera malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontar bendera negara kita. Tengok sahaja sikap kurang ajar mereka dengan memijak bendera kita seolah-olah mereka ini memijak-mijak kepada kita. Tindakkan sedemikian dilakukan oleh Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta). Sebelum ini mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar Malaysia selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan tepung gandum dan ikan masin...