Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Movie

Win a 3D The Lorax movie

Imej
  Salam semua, Apa kata korang yang ada akaun facebook tu gunakan peluang yang ada tu untuk memenangi Tiket tayangan filem The Lorax dalam bentuk 3D.. mana tahu ada rezeki menang tiket boleh bawa anak-anak gi tengok filem karton ni.. mesti budak-budak suka (bapak budak pun suka juga).. hehe Macam mana nak join? Mudah sahaja klik sahaja pada link ini –> http://apps.facebook.com/theloraxmovie/   Seterusnya lengkapkan 4 puzzle yang diberikan.. aku dah cuba puzzle sangat mudah.. setelah puzzle selesai masukkan butiran peribadi anda untuk rujukan sekirannya anda berjaya menang tiket tayangan 3D The Lorax Jom mencuba nasib sekarang! tuah ayam nampak di kaki.. tuah anda siapa yang tahu.. Note : Daftar di Churp Churp Untuk berpeluang juga memenangi Churp Churp Exclusive Screening – The Lorax in 3D

Fast and Furious | Fast Five

Imej
  Salam semua, Sebut sahaja cerita Fast & Furious ni.. semua siri dari 1 hingga 4 semua aku dah tengok.. kekadang siap ulang 2 ke 3 kali lagi.. sebenarnya aku ni peminat cerita berbentuk perlumbaan dan modifikasi kereta… So tak lama lagi Fast Five akan muncul .. bagi peminat-peminat lumba kereta pasti takkan lepaskan peluang untuk menonton nanti. Korang boleh layan trailer dari youtube ni Nantikan kemunculannya 5 Mei 2011 nanti.. layan… jangan tak layan.. Nota Pesanan : Lepas tengok baru boleh buat review.. bila nak tengok ni ye? :-)

Resident Evil : Afterlife 3D - 10 September 2010

Imej
Akhirnya filem Resident Evil terbaru akan muncul menghiasi filem terbaru ditahun 2010 ini. Setelah berjaya dengan Resident Evil Extinction, kini Resident Evil kembali semula dengan tajuk Resident Evil : Afterlife 3D . Film yang diarahkan oleh Paul W. S. Anderson dan dibintangi oleh Milla Jovovich, Ali Larter, Spencer Locke, Wentworth Miller, dan Shawn Roberts ini akan dilancarkan pada 10 September 2010. Resident Evil : Afterlife 3D ini termasuk filem yang sudah lama aku tunggu-tunggu kehadirannya. untuk pengetahuan anda siri Resident Evil ini aku pernah tengok kesemuanya dan jalan ceritanya yang menyeramkan memang terbaik sekali untuk ditonton. Sinopsis Resident Evil : Afterlife ini dimulakan dari tempat di mana Alice selamat dari serangan zombie dan berjaya masuk ke Umbrella Corp. dan memporak perandakan Umbrella Corp. Di akhir cerita Resident Evil : Extinction, Alice diselamatkan oleh klonnya sendiri, dan di Resident Evil : Afterlife ini Alice memiliki rakan baru yakni klonnya s...

EVOLUSI KL DRIFT 2 -- PECAH PANGGUNG SEKARANG

Imej
EVOLUSI KL DRIFT2 .....Tajuk je dah Gah..Malam semalam aku baru je tengok sama dengan syg aku.. selalunya syg aku ni tak nak tengok cita melayu..suka tengok cita mat salleh je.. tapi malam semalam aku tengok dia senyum je lepas keluar dari panggung..cerita ni baru tayang 2 hari je dekat panggung.. aku bagi 5 bintang cerita ni bro.. rugi tak tengok.. aku tabik...ah dekat anak datuk yusof haslam ni..sebab berani buat cerita ni..aksi memang power beb..korang tak ngantuk punya..aksi banyak gila.. cuma aku nak komen kepada pelakon wanita yang pegang watak aleeya ni..lakonan dia kurang menjadi sikit semua macam terpaksa..senyum, gelak sedih macam tak ikhlas..hahaha..aku pulak yang kritik..apa pon mantapkan lakonanmu dik.. ada satu babak gengster mati kena tembak dekat jalan tu.. gengster tu dah mati..tapi time polis check badan dia..boleh pulak leher dia bergerak2 macam geli time polis tu sentuh.. alamak kantoi beb mati pura2..hahaha.. bab yang lain2 memang power lagi2 time buat drift..perl...