Aku Hampir-Hampir Nak Saman TNB
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kepada semua pembaca setia blog ni.. maaflah ye kalau sepanjang 5 hari yang lalu takda apa-apa update yang aku buat dalam blog ni.. semua kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan yang penting dahulu.. harapnya lepas ni dapat kekalkan semula update entri setiap hari.. insyaallah. Kembali kepada cerita semalam.. memang betul-betul pihak TNB buat aku dengan cik malarang gelabah sehari mana tidaknya.. semalam TNB buat maintenance dekat kawasan rumah aku dah tu dia buat cut off elektrik dari jam 9 pagi sampai 7 malam. Paling aku risau stok susu EBM si harraz akan cair kalau terlalu lama eletrik takda.. so awal-awal aku dah buat persediaan dengan aku bahagikan stok EBM yang lama dengan baru.. stok EBM yang baru aku simpan dalam kotak ikan dengan aku masukkan ais dalam tu.. sebab ikut pengalaman aku bawa balik stok susu dari Penang.. lebih kurang 6 jam perjalanan stok susu EBM tak cair lagi.. Stok susu EBM yang lam...