Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bubur lambok

Bubur Lambuk Kampung Baru Memang Sedap

Imej
  Salam ramadhan semua, Sesiapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur ni pastinya sudah tidak asing lagi dengan kesedapan Bubur Lambuk Kampung Baru . Setiap tahun bila tiba musim puasa pastinya kawasan kampung baru akan diserbu oleh penggemar bubur lambuk ni samaada datang untuk mengambil yang percuma atau yang dibeli sendiri. Samalah macam aku, kebetulan siang semalam aku balik dari kelas mengaji terus singgah dekat kawasan Masjid Kampung Baru untuk membeli sebungkus bubur lambuk yang berharga RM2.00 sahaja. Penuh satu mangkuk aku tuang.. mula-mula tengok dah terfikir boleh habis ke ni? lagi pun aku kena makan sorang je.. cik malarang kurang sikit makan bubur lambuk ni. Bubur lambuk kampung baru memang sedap.. terdapat daging yang banyak didalamnya. Dan penyudahnya.. licin selicin licinya.. hahaha.. nilah penangan bubur lambuk kampung baru.. sekali rasa pasti esok nak lagi..

Hari sebelumnya Di Kedai Mamak Semalam Di Dalam Kereta Je

Imej
  Salam ramadan semua, Kalau puasa ke-3 kita orang berbuka dikedai mamak.. tapi semalam puasa ke-4 kita orang berjaya berbuka di dalam kereta sahaja..nampaknya semakin hari semakin lewat pulak sampai umah. Nasib baiklah cik malarang dah prepair siap-siap kuih dalam kereta.. sebelum balik dia dah beli dekat opis untuk persediaan kalau-kalau tak sempat nak sampai umah lagi.. memang betul pon tak sempat buka dekat rumah.. sampai umah jam 7.45 penyudahnya kami berbuka dalam keretalah semalam. Lepas buka dalam kereta terus g beli makanan dekat kedai.. sebab belum magrib lagi kita orang bungkus jelah bawa balik umah. Yang ni pulak bubur lambok Pak Hassan Kg. Baru KL.. first time beli semalam.. rasanya boleh tahan juga.. tapi kalau nak g beli jam 2.00 petang orang dah beratur panjang tepi jalan. Juadah berbuka paling ringkas semalam.. lagi pon makan sikit dah kenyang.. kalau makan banyak mau nak gi tarawih pon berat je badan.. hehehe. Hari ini aku tak tahulah nasib...