Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maxis

Masa Untuk Bertukar Ke UNIFI

Imej
Kalau macam nilah gayanya kena apply Unifi dengan shakiddo dot com lah... He3.. Masih dalam pertimbangan nak apply atau tidak.. Sebab kena tengok juga burget bulanan nanti.. Kalau ambil Unifi.. Mungkin juga aku boleh terminate line broadband ni dengan Astro.. Sebab dalam Unifi ada IPTV.. Cuma masalahnya nak travel takdalah pulak line internet nanti.. Masih dalam dilema... Kalau korang macam mana.. Ada idea yang baik tak boleh bantu aku buat keputusan.. posted from Bloggeroid

iPhone 3GS Hanya RM199 Dari Maxis

Imej
  Salam semua, Sebut je nama smartphone dari iPhone mesti ramai yang mengidamkannya termasuklah aku sendiri.. jadi peluang hanya datang sekali seumur hidup dan jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk memiliki iPhone 3GS ni sekarang . Tawaran hebat ini hanya datang dari Maxis sahaja.. dan andai kata nakkan info yang lengkap jangan segan-segan dan jagan malu-malu untuk layari website Maxis iPhone 3GS .

Maxis Broadband atau Celcom Broadband | Oh! Aku Keliru

Imej
Salam petang pembacaku, Aku dalam dilema sekarang ni.. nak pilih si Maxis broadband atau Celcom broadband ni? Sebelum ni aku tak pernah lagi keliru macam ni.. tapi dek gara-gara promosi celcom dekat opis aku hari ini membuatkan aku berfikir berkali-kali.  kredit foto pakcik google Berdasarkan pengalaman aku menggunakan celcom broadband sebelum ni memang bagus.. tapi malangnya coverage untuk kawasan umah sewa aku membuatkan aku terminate service celcom dan beralih kepada maxis. Sehingga hari ni aku masih setia kepada maxis broadband aku walaupun aku pernah cakap " aku bakar juga broadband maxis ni!! ".. tapi petang ni aku dah mula berfikir 2 kali untuk meneruskan service maxis broadband ni atau terminate dan mengambil service baru dari celcom broadband. Kenapa aku nak pilih Celcom sekarang ni? Pajek promosi  di Wisma Bernama ( 18-1-2011 hingga 19-1-2011 ) D68 (D68 - rebate RM20) Broadband Business Advance Monthly    - RM48 Speed       - 5GB M...

Keputusan Pemenang Maxis Om Nom Nom

Imej
Salam, Akhirnya keputusan pertandingan Maxis Om Nom Nom Race telah diketahui dan sumber rujukan aku dari blog Jejai iaitu salah satu team yang juga telah berjaya... tahniah kepada team talibarut kerana telah berjaya menamatkan pertandingan dan membawa pulang setiap seorang goodie beg.. Aku rasa semua team yang masuk semalam sekarang ni tengah keletihan dan semua tengah melayan tido sambil kekenyangan.. mana tidaknya makan dekat 5 restoran dalam masa 1 hari gila ah.. hehehe.. Entri lokasi restoran yang menjadi mangsa dia orang makan ni boleh rujuk di blog eyriqazz , kak ina , jejai atau bean moreno . Keputusan penuh dibawah   nilah dia team talibarut yang berjaya menamatkan pertandingan makan tadi.. apapon tahniah dekat korang semua sebab berjaya pulang ketempat penamat dengan selamat semua.. cantik goodie tu apa dalam tu ye?   KUMPULAN YANG MENDAPAT TEMPAT PERTAMA Hadiah untuk setiap orang melancong ke Hong Kong bernilai RM10,000 dan setiap seorang dalam kumpula...

Perutusan Khas Buat Team Talibaruts di Maxis Om Nom Nom Hari ini

Imej
Salam, Entri khas ini aku tujukan buat Team Talibarut yang akan berjuang pagi ni di cabaran maxis om nom nom untuk merebut pakej percutian ke Hong kong. Kredit foto eyriqazz Ucapan selamat maju jaya kepada Team Talibarut 4 sekawan. 1) Ketua Talibaruts @ Kak Ina KL 2) Je Jai @ Klon P. Ramlee 3) Bean Moreno @ The Kungfu Eater 4) Eyriqazz @ The Food Inspector Kepada semua semua penyokong team talibarut.. pastikan esok kita terjah blog mereka berempat untuk mendapatkan update terkini laporan maxis om nom nom .. Selamat berjaya Team Talibaruts..  P/S: Korang ingat makan je..pasti boleh menang.. -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Buffered Earning Pertama Untuk Tahun 2011 | The Maxis Om Nom Nom Race

Imej
Salam, Rezeki tahun 2011 ni buat pertama kalinya aku dapat buffered earning pertama dari maxis sempena program The Maxis Om Nom Nom Race . Amacam besar tak gambar burger dekat atas tu.. ni bukan bodek dengan maxis nak dapat buffered earning lagi banyak.. tapi tu salah satu banner sempena program ala-ala amazing race yang akan dibuat oleh maxis pada hujung minggu ni. " Nak info lanjut klik je banner dekat atas tu ". Aku sebenarnya memang ada niat nak join aktiviti ni.. tapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan so aku bagi sokongan moral untuk team kawan aku yang diberi nama Geng Talibarut . Korang boleh terjah entri-entri geng talibarut dalam ni.. -  http://www.eyriqazz.com/2011/01/one-step-closer-to-maxis-om-nom-nom.html -  http://www.teratakarmo.com/2011/01/one-step-closer-to-maxis-om-nom-nom.html -  http://www.beanmoreno.com/2011/01/contest-one-step-closer-to-maxis-om-nom.html -  http://www.kakinakl.com/2011/01/one-step-closer-to-maxis-...

Nokia N8 Hanya RM999 di Maxis

Imej
Salam, Wah pagi-pagi dah bersemangat buat entri ni.. maklum jelah semalamkan aku cuti el.. so hari ni masuk opis terus buka blog n terpandang satu iklan dari maxis berkenaan Nokia N8 . gadget pilihan untuk tahun 2011.. Nokia N8 bagaimana dengan anda? Apa yang menariknya dengan Nokia N8 ni? Dibawah ni aku nak kongsi  sumber dari blog  symbianku  yang menerangkan 3 fungsi terhebat dari Nokia N8 yang diterangkan melalui video oleh Encik Chris Bennetts, iaitu Manager untuk Produk Nokia N8. Ringkasan Video 1 - Fungsi “multiple home pages” yang menyokong widgets - Visual Multitasking yang menawan - Fungsi Nokia Messaging Email - Fungsi “threaded view” dalam SMS seperti chatting - Fungsi capaian mudah untuk melayari internet dan pelayar internet yang menyokong Flash - Ovi Maps Ringkasan Video 2 - Fungsi Galeri Foto yang serba baru dengan “kinetic scrolling” dan sokongan “multi-touch” - Fungsi mengedit foto dan menambah kesan khas - Fungsi mengedit video da...

Bagaimana Hack Topup Maxis

Imej
Salam, Aku dari dulu memang minat bab-bab hacking ni.. bukan apa saja seronok-seronok.. tapi sepanjang aku bergelumang dengan dunia IT ni.. aku tak pernah lagi berjaya hacking mana-mana komputer. Tapi hari ini aku berjaya hack topup maxis..hahaha.. macam mana? korang tengok tip dekat bawah ni.. hahahaha.. bila sebut hacking je..korang ni semua laju je nak buat jahat ye... sebenarnya aku pon tak tahu mamat /minah mana yang nak belajar dalam blog aku ni cara nak hack topup maxis.. mana tidaknya pagi2 keywords tu ada 3 kali carian dalam akaun nuffnang aku. Pesanan buat yang nak belajar hacking ni.. lupakan jelah hasrat tu.. tak baik buat benda jahat ni.. ada baiknya korang belajar bagaimana nak buat duit melalui blog ni lagi berfaedah.. dari dok cari benda2 yang jahat ni.. Nota kaki : Blog ni adalah blog peribadi.. bukan blog nak menuntut ilmu salah ye.. harap maklum.. Tagged as : Tips hacking , Bagaimana nak jadi hacking , Panduan hacking -------------------------------------...

Aku bakar juga Broadband Maxis ni ! !

Imej
Salam malam semua, nampaknya aku dah mula hilang sabar dengan broadband maxis aku ni. aku rasa aku macam dah kena main dengan maxis ni. bukan apa ada ke logik baru 2 hari ( 7/6/2010 ) aku topup 1GB data petang tadi jam 1.00 ptg dah habis. gila ke apa? Sebelum ni aku pakai celcom lagi hampeh slow nak ....... tapi bila aku tukar maxis line ok cuma data download dia cepat gila habis. aku bukan download movie @ mp3. jauh sekali tengok youtube yang peliknya 2 hari aku guna 1 gB data. Korang tahu 500mb data topup harga RM18, kalau aku topup 1gb data RM28. bayangkan kalau 2 hari sekali aku guna 1GB bangkruplah aku mcm ni. Aku rasa macam ada benda tak kena ni. Maxis main2kan aku atau broadband ni patut aku bakar je..huhuhu.. geram aku.. kalau korang punya broadband macam mana ada macam broadband gila aku juga tak ni.. komen sikit. hati dah panas ni..

Kenapa aku tinggalkan Broadband Celcom?

Imej
Setelah sebulan aku menggunakan pakej broadband celcom Basic RM68 sebulan, arini merupakan hari terakhir aku guna broadband celcom ni. KENAPA?.... KENAPA? Jawabnya: aku tinggalkan sbb dekat dalam umah aku, aku susah nak dapat coverage, aku terpaksa g penjuru2 umah atau bilik baru dapat line, itupun dapat 3G je dengan 1 bar..kecewa tahap gajah betul Pakej celcom yang aku ambil:- Celcom Broadband RM68 Akhirnya malam tadi aku ambil langkah membeli broadband baru dari maxis dengan pakej harga RM48 (dalam promosi sehingga hujung april - Normal price RM68). Di sebabkan aku register dalam masa promosi, so aku akan bayar sepanjang hayat Maxis Broadband RM48 je. keistimewaannya ada dalam tempoh 5 bulan ni aku hanya bayar RM18 sahaja. Kenapa?.... sbb aku dah bayar duit pendaftaran sebanyak RM150 (dikira Rm30 setiap bulan) so kalau tengok secara kasar mana untung? Jam 11.30 malam aku sampai je dekat umah aku terus test...perrrrrrrrr memang laju bro. aku rasa aku tak rugi ambil pakej .. lagi ...

MANA BAGUS, Broadband Celcom @ Digi @ Maxis ?

Imej
Aku baru je semalam ambil pakej Celcom Broadband RM68 Sebulan dengan Speed 384kbps. bila sampai umah aku test macam tak puas hati sikit sebab slow. maklum jelah kan dekat opis selalu guna Streamyx 2.0Mbps memanglah bezakan. Bagi Korang mana yang bagus antara 3 ni. tentu korang ada yang da pernah guna, samada CELCOM ke @ Digi ke @ Maxis ke... Tolong bantu aku bagi solution yang terbaik. n harga sewa bulanan mana yang korang rasa sesuai.. Komen Sikit?