Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel durian

MUSANG KING Selepas 2 Tahun

Imej
Alhamdulillah selepas 2 tahun nampak pembesaran ok.. Dari 6 pokok yang hidup 3 pokok.. dari 3 pokok 2 pokok yang sihat.. 3 bulan yang lepas pokok ni kami dah cantas dahan2 yang kecik... Nampak lepas cantas lebih sihat... Alhamdulillah 

Perkembangan Musang King Selepas Setahun 1/6/24 - 1/6/25

Imej
Assalamualaikum... Alhamdulillah pejam celik dah setahun usia pokok musang king yang ditanam, walaupun perkembangan tak berapa menjadi sebab mungkin kurang kasih sayang dan belaian. Antara punca utama pokok terbantut adalah mungkin keadaan tanah dan kekurangan bekalan air yang tidak mencukupi...  Jadi ada beberapa pokok yang mati kekeringan sebab tak cukup minum... Hehehhe... Tapi takpe.. Kita mencuba je.. Kalau mati nanti kita tanam balik guna benih yang baru.. Yang penting jangan berhenti menanam selagi ada ruangan..  Plot 1A adalah pokok pertama yang ditanam...  Plot 1A antara pokok paling awal jadi arwah.. Kurang air kering..  Plot 2 A ni benih masa tanam. Antara yang sihat..  Plot 2A antara pokok yang nampak subur sikit dari yang lain2  Plot 3A diawal penanaman swtahun lalu.. Pokok benih kurang sihat masa ditanam.. Tapi kita cuba je tanam mana tahu hidup..  Plot 3A ni pokok na...

Projek Duri Hitam D200 6/6/2025

Imej
Alhamdulillah syukur masih diberi kesihatan... Hari ni kita cuba tanam duri hitam 2 pokok tepi rumah mertua.. Kita tengok mcm mana nanti perkembangan dia.. Sbb sebelum ni pernah tanam musang king 6 pokok.. Tapi 3 pokok dah arwah tinggal 3 pokok lagi.. Hidup segan mati tak mau.. Walaupun dah genap setahun tanam..  Rm45 sepokok Duri Hitam Duri Hitam Pokok 1 Duri Hitam Pokok 2 Semoga terus sihat dan tumbuh dengan sihatnya... Aamiin 

Durian King TTDI Musim 2024 Kembali..

Imej
Setiap tahun bila tiba musim durian tidak kira di Penang, Perak, Pahang dan Johor, Durian King TTDI mesti akan mula menjual buah-buah durian juga.. Lokasi di tapak parking belakang Pasar Besar TTDI sahaja.. Bersempena pembukaan awal beliau bermula 7hb jun lepas so semalam 8hb kami sekeluarga pergi jugalah cuba kualiti buah yang ada... Dimakluman buah dari Ladang di Pahang mereka jual disini buat masa ni.. 3 jenis durian sahaja yang ada iaitu Pahang Mas, Musang King dan Black Thorn sahaja.. Kami sempat mencuba Pahang Mas dan Black Thorn sahaja.. Kenapa tak cuba Musang King?.. Sbb isi dalam pangsa musang king tidak byk mereka cadangkan Black Thorn yang isi dia banyak.. harga durian perkilo yang dipaparkan Stok Black Thorn di para, nak kenal dia tengok bawah dia ada punat kecil warna hitam.. Bentuk bulat..  Buang Premium Musang King, buah ni kalau di Pahang yang Gred A memang di export ke China dan Hong Kong.  Pahang Mas isi kuning,...

Balik Pulau : Percubaan Tanam Durian Musang King

Imej
Kita simpan gambar dekat sini untuk kenangan buat anak cucu, kalau ada rezeki berbuah alhamdulillah... Target 6 ke 7 tahun insyallah... So tarikh tanam 1/6/2024 kita update nanti lepas 7 tahun 1/6/2031..  Hehehehe.. Saya budak baru belajar, kalau salah sila tunjukkan.. Tiada pengalaman dalam menanam. Durian sejak kecik kalau pokok pisang sejak sekolah rendah arwah ayah dah ajar jenis2 pisang... Bab durian ni.. Dari kecik pandai makan je.. Takda peluang nk tanam..  Jadi kebetulan ada sedikit tanah kosong yang buat masa ni tak digunakan di kampung mertua so saya ajak mertua suka2 tanam pokok durian dekat tanah kosong tu.. Buat permulaan kita cuva dulu 5 pokok untuk testing dan ambil pelajaran cara tanam n jaga dia.. Kalau pertumbuhan ok, isyallah kita teruskan tanam sehingga penuh ruangan kebun yang ada... Anak pokok durian musang King yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian..  dapat free je sempena projek tanaman pokok sekitar Pulau Pinang..  ...

Teringin Punya Pasal Mahal Pun Takpe

Imej
  Salam semua, Masih dalam mood kemalasan sebenarnya.. almaklum jelah baru balik cuti dari kg. so 2 hari takda talian internet.. 2 hari tak jenguk blog.. 2 hari tak buka Fb senang cerita 2 hari tak online..  tapi takpe.. yang penting balik kampung hati senang paling utama mak & ayah aku happy tengok aku balik n bawa balik cucu dia yang tembam tu.. hehehe. Mood nak menaip panjang-panjang takda lagi.. so aku tampal jelah gambar raja buah ni sebagai pembuka selera tengahari korang ye.. hehehe Kebetulan time aku balik kg 2 hari lepas.. memang tengah musim durian sebelah johor ni.. so memang puaslah makan durian walaupun takda dusun durian.. dalam erti kata lain teringin nak makan belilahkan.. Ontheway balik ke KL semalam aku saja balik ikut jalan dalam, aku ikut jalan ke Muar.. sepanjang jalan ke Muar tu memang membuatkan aku hilang sabar dan tewas dengan godaan penjual durian ditepi jalan.. Apa lagi dah teringin punya pasal… mahal pun sanggup beli.. rasanya nil...

Durian D24 vs Durian Big Apple

Imej
  Salam semua, Mengidam durian punya pasal RM10 sekilo pon sanggup beli… betul tak? entah kenapa 2 tiga hari ni tekak asik nak makan durian je.. kebetulan balik dari Mid Valley tadi lalu tepi jalan dekat area umah aku ada mamat jual durian terus singgah beli sebiji. Mula-mula tanya berapa harga sekila? mamat tu kata harga durian ni ikut hari.. aku kata pulak macam tu.. mamat tu kata kalau hari biasa murah sikit.. kalau sabtu dgn ahad mahal.. so aku tanyalah kalau hari ni sekilo berapa.. dia kata kalau dengan abg saya bagilah RM10 sekilo.. dengar dia cakap macam tu aku kata oklah nak makan  punya pasal kasi sebijilah yang elok. Pilih punya pilih mamat ni bagi aku durian dekat atas tu.. terus timbang.. tengok lebih sekilo.. mamat tu kata RM16.. aku bagilah RM50.. rupanya mamat ni takda pulak duit kecik.. dia terus cakap takpelah abg RM15 jelah.. aku tanya cik pn dia pon takda duit kecik.. dah teringin punya pasal g tukar duit pulak dekat petrol pump.. macam-macam betul...

Bila Aku Jadi Tokey Durian

Imej
  Salam semua, Kalau korang nak tahu dek gara-gara durian dalam bonet aku nilah sampai sekarang bila aku buka kereta bau durian tu semerbak je.. padahal durian dah takda dalam keta.. cuma tinggal bau je melekat lagi. Korang ada apa2 petua tak nak hilangkan bau durian dalam kereta ni? Adik aku pesan dia suruh aku susun roti dalam bonet tu.. supaya bau dapat diserap dalam roti tu..hope berjayalah ye.. tapi kalau korang ada petua lain mai kongsi dekat sini. ** Johor tengah musim durian.. jom datang johor makan durian.. hehehe

Durian Balik Pulau Penang

Imej
Salam Petang semua, hujung minggu kali ni cuti aku memang menyeronokkan sebab kebetulan balik kampung mertua durian dekat balik pulau penang tengah gugur. Apa lagi pagi sabtu aktiviti aku dengan syg aku g terjah pokok durian dekat kebun mertua aku. ni pon pergi dah lewat sebab kata mertua aku, kekadang kalau g lewat orang lain dah masuk dulu g ambil. sebab tu pepagi aku dah g mencari durian yang gugur dekat kebun mertua aku. dekat bawah ni ada beberapa gambar yang korang boleh tengok sepanjang aku dekat dusun tu.. ok layan gambar dekat bawah. Haaa.. ni masa mula menjejakkan kaki dalam kebun, aktiviti cari kot2 ada raja buah yang gugur, bakul kosong lagi tu.. mamat dekat atas tu dah macam pemburu harta Yamashita je..hahaha setelah hampir setengah jam pusing dalam kebun ni jelah hasilnya.. sebab kita orang lambat sampai dah ada orang g kutip awal2 pagi..huhu.. ni yang paling kurang asam, pencuri durian makan durian sambil tinggalkan kulit je dekat tn. kebun. kurang ajar betul.. kalau aku...