Durian King TTDI Musim 2024 Kembali..

Setiap tahun bila tiba musim durian tidak kira di Penang, Perak, Pahang dan Johor, Durian King TTDI mesti akan mula menjual buah-buah durian juga.. Lokasi di tapak parking belakang Pasar Besar TTDI sahaja..

Bersempena pembukaan awal beliau bermula 7hb jun lepas so semalam 8hb kami sekeluarga pergi jugalah cuba kualiti buah yang ada... Dimakluman buah dari Ladang di Pahang mereka jual disini buat masa ni.. 3 jenis durian sahaja yang ada iaitu Pahang Mas, Musang King dan Black Thorn sahaja..

Kami sempat mencuba Pahang Mas dan Black Thorn sahaja.. Kenapa tak cuba Musang King?.. Sbb isi dalam pangsa musang king tidak byk mereka cadangkan Black Thorn yang isi dia banyak..

harga durian perkilo yang dipaparkan

Stok Black Thorn di para, nak kenal dia tengok bawah dia ada punat kecil warna hitam.. Bentuk bulat.. 

Buang Premium Musang King, buah ni kalau di Pahang yang Gred A memang di export ke China dan Hong Kong. 

Pahang Mas isi kuning, duri rapat dan agak tajam.. 

Alhamdulillah selesai mencuba Black Thorn keluaran Pahang ni... So komen saya buat masa ni rasa Black Thorn yang kami pilih belum sampai tahap yang kami jangkakan.. Mungkin kena cuba lagi.. Sbb dari rata2 yang pernah makan Black Thorn kami dengar rasanya sedap gila-gila..

Untuk Pahang Mas rasa ok2 sahaja.. Bagi saya mungkin sedap lagi D24, Kun Poh dan D600 yang kami makan di Penang tempoh hari yang kami beli direct dari ladang.. Mungkin lain orang lain rasa tekaknya.. Hehehe 

Insyallah ada peluang kami akan cuba Black Thorn di Penang nanti.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak