Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel informasi

Fakta Kemuflisan di Malaysia

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Pagi ini aku nak kongsikan artikal tentang kemuflisan di Malaysia .. pastinya bila disebut muflis sahaja dalam kepala akan tergambar orang tu akan pakai seluar pendek dan selipar sahaja bila di istiharkan muflis.. itu gambaran yang selalu kita tengok di dalam rancangan tv atau drama-drama tv. Tahukah anda semua.. dengan jumlah hutang RM30,001 sahaja, hakim boleh mengisytiharkan anda bankrap melalui perintah mahkamah. Jadi bagi yang ada loan lebih dari nilai tu.. berhati-hatilah dengan jangan sampai tunggakkan pinjaman tidak dibayar. Courtesy of: iMoney.my

Manfaatkan Penggunaan Maybank2u Pay Untuk Usahawan Online

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Budaya membeli belah secara online sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita sekarang ini.. rata-rata pengguna internet tegar lebih gemar membeli belah secara online dari pergi ke pasaraya atau butik-butik pakaian. Kalau ada yang perasan atau tidak baru-baru ini Maybank telah melancarkan satu lagi kaedah pembayaran pantas diatas talian yang dikenali sebagai Maybank2u Pay bagi memudahkan usahawan yang  berniaga secara online. Sudah semestinya aku dan cik isteri yang baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan online ni menyambut baik services terbaru dari maybank ini. {Jemput Singgah Ke Kedai Online Kami} Dengan adanya services Maybank2u Pay ni.. pelanggan yang mempunyai akaun maybank dan ingin membuat bayaran tempahan hanya perlu klik logo Maybank2u Pay seperti dibawah ni. Selepas itu satu tetingkap akan dibuka untuk pelanggan memasukkan login & password maybank2u mereka.. jika akaun berjaya dib...

1 Peratus Charge Atas Bil Pengguna Elektrik

Imej
Salam semua, Untuk makluman korang semua.. berkuatkuasa 1 Disember 2011 TNB akan mengenakan 1% Levi atas Bil Pengguna . Cerita lanjut jom baca dekat bawah ni.. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011 . FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini din...

Insurans Nyawa Tak Penting Buat Lelaki

Imej
Salam semua, Kredit Google Golongan lelaki, terutamanya yang telah memiliki keluarga sendiri perlu menyiapkan diri untuk menghadapi pelbagai perkara tidak dijangka. Ia termasuklah perkara buruk seperti kemalangan dan kematian.  Pengambilan insurans nyawa adalah satu contoh langkah bijak yang boleh mereka lakukan.  Namun begitu masih ramai lelaki yang masih teragak-agak mengambilnya. Mengapa ya? Adakah mereka menganggap ia tidak penting? Ketahui pendapat beberapa orang lelaki berkaitan perkara ini. Satu Keperluan "Mengambil insurans adalah perlu. Menurut hadis Riwayat Bukhari & Muslim orang yang meninggalkan anak isterinya dengan keadaan kaya itu lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan miskin dan meminta-minta. "Segala musibah serta kematian tidak dapat dielakkan. Memang mulut senang bercakap bantuan boleh diperolehi dari mana-mana tapi setiap janji tidak mudah dikotakan," demikian kata Mohd Zulkiffli Mohd Nur, Konsultan Insurans, Great Eastern...

SKMM Keluarkan Arahan Sekat WebSite Download

Imej
  Salam semua, Nampaknya berita yang aku baca di FB Oh! Media tadi membuatkan kaki-kaki download di Malaysia ni akan panas punggung. Mana tidaknya berita tersebut menyatakan bahawa pihak SKMM telah meminta semua penyedia internet di Malaysia untuk menghalang akses ke website-website download.   Kredit Rujuk FB Oh! Media Kepada kaki download tegar apa pandangan korang jika benar-benar perkara ini dilaksanakan.. adakah anda SETUJU @ TIDAK SETUJU dengan perlaksanaan ini? ** Kalau Youtube kena sekat dekat malaysia rasa-rasanya macam mana ye?

Saham TNB Naik Ekoran Pengumuman Tarif Baru Elektrik

Imej
  Salam semua, Semalam telah diumumkan oleh pihak Kerajaan bahawa tarif elektrik dinaikkan dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sumber : Berita Harian Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Bagaimanapun, kenaikan tidak membabitkan kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang Bagi penggunaan dibawah RM20 pihak kerajaan masih memberikan secara percuma sehingga bulan Disember 2011 Untuk sebarang info lanjut boleh membuat rujukan di : TNB Ekoran dari penggumuman kadar baru tu semalam.. saham TNB juga dilihat ada kenaikan pada hari ini seawal dibuka jam 9.00 pagi tadi.     Print Screen untuk 31/5/2011 ** Rasa-rasanya penggunaan bil elektrik dekat rumah korang ada kesan tak atas kenaikkan kadar baru ni? Berapa purata bil elektrik ko...

Daging Lembu Palsu Daripada Daging BABI !

Imej
  Salam semua, Rasanya tidak adil kalau aku sorang je yang tahu pasal info ni.. dan aku tidak kongsikan kepada pembaca diblog ini. Tertarik dengan kiriman email dari wife aku tadi yang menghantar satu cerita tantang daging lembu palsu.. Daging lembu palsu pon ada ke? Sebelum ni kita dengar telur palsu je.. tapi sekarang ada pulak cerita tentang kewujudan daging lembu palsu yang dibuat dari daging Babi.. Bab isu makanan HALAL & HARAM ni aku memang pantang kalau ada orang cuba buat niaya dengan kaum muslim ni.. Apa kata korang baca kiriman email dari wife aku tadi pagi.   Samada benar atau palsu dakwaan diatas kita sebagai umat islam seharusnya sentiasa berhati2 dengan bab isu halal haram ni. Dunia semakin canggih.. penipuan pon semakin banyak.. so berhati-hatilah sentiasa.

Hati-Hati Jangan Termakan Telur Ayam Palsu

Imej
Salam semua, Kecoh hari ini dekat blog & paper berkenaan penemuan terbaru tektik penipuan mengaburi pengguna dengan penjualan telur ayam palsu. Penemuan telur ayam palsu ni dijumpai di Pulau Pinang .. aduh.. seramlah aku nak makan telur ayam dekat kampung mak mertua aku lepas ni.. Cuba korang bayangkan pegi kenai mamak minta roti telur.. sekali korang makan rupanya telur ayam tu dari yang palsu..huhu kredit foto Kosmo Online Korang boleh rujuk beberapa blog dibawah ni yang menceritakan perbezaan telur ayam betul dengan palsu - Cara beza telur ayam palsu - Telur ayam palsu - Telur Ayam Palsu Di Pulau Pinang - Bahaya: Telur Ayam Palsu So sekarang kena hati-hati bila beli telur.. sebelum nak goreng tu kena check dulu palsu atau betul.. memang kurang ajar betul sapa yang supply telur ayam palsu ni.. dari apa yang diceritakan telur palsu tu mengandungi bahan kimia dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan. **Berita lanjut rujuk Kosmo Online P/S : Lepas ni kena hati2lah bila...

Menjual Ruangan Banner Blog Dengan Exabytes (MY)

Imej
Salam semua, Hari ni aku nak kongsikan satu peluang buat duit dengan korang semua dengan menjual ruang banner di blog korang semua. Kalau korang perasan blogger-blogger yang biasanya mempunyai traffic yang tinggi sebagai contoh Ben Ashaari dan Beautifulnara mereka semua menjadikan blog mereka sebagai tempat menjual ruang banner untuk pengiklanan. Jadi hari ini aku ada terjumpa dengan satu syarikat yang yang dikenali sebagai Exabytes (MY) yang sedang mencari lebih kurang 200 blogger yang mempunyai trafik sekitar 200 ke 300 UV sehari untuk dibeli ruangan banner mereka. Credit FB Exabytes (MY) Maksudnya jika korang ada trafik sekitar 300 UV sehari korang boleh menyewakan ruangan blog korang dengan Exabytes (MY) ni selama 3 - 6 bulan. Kaedah bayaran dan jumlah bayaran sewaan ruangan banner blog korang boleh berbincang terus dengan pihak Exabytes (MY) . Sekiranya korang berminat untuk menyewakan ruangan blog korang kepada Exabytes (MY) boleh berurusan terus di email charles@e...

Tergempar Tahi Bintang Jatuh Ke Bumi Kuala Lumpur

Imej
Salam, Tengahari buta ni.. ada juga orang nak buat kelakar ye.. ade ke patut rakan seopis dengan wife aku kata dia dengar berita ada tahi bintang jatuh ke arah KLCC.. sat.. sat.. ye.. nak gelak dulu.. hik2.. ni ke yang dinamakan tahi bintang Puas aku google tak jumpa pulak pasal info tahi bintang jatuh dekat KLCC ni.. hehehe.... apa pon kalau korang ada sumber boleh tinggalkan link dekat komen ye.. aku jenguk dari opis aku tadi elok lagi KLCC tu. hehehe. Macam-macam orang sekarang ni... tahi sendiri pon tak leh nak cuci tahi bintang yang disebukan nak tengok.. hehehe.. Nak tahu cerita pasal tahi bintang boleh roger blog naimcrackon ** Sesekali buat lawak tengahari ni.. hilang sikit rasa tension ni..hik2 -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Krisis Mesir | Nasib Pelajar Kita | Ikuti Update Terkini Di Blog ini

Imej
Salam, Semua orang tahu Mesir sedang menghadapi krisis pada masa sekarang.. untuk perkembangan terkini boleh rujuk blog dibawah " KRISIS MESIR, NASIB PELAJAR KITA " Sumber rujukan Photo : Yastro -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Aku Terpakai & Terpegang Kasut Kulit BABI

Imej
Salam, Kebetulan semalam aku gi bawa family mertua aku gi shoping dekat One Utama untuk mencari hadiah harijadi bapa mertua aku.. so aku masuklah satu kedai pakaian kalau tak silap nama kedai tu NAUTICA.. Nota : Bukan nak memburukkan kedai ni .. tapi just nak kongsi maklumat untuk umat islam supaya berhati2 Apa yang aku nak kongsi rupanya kedai tu ada menjual kasut yang dibuat dari kulit BABI.. yang sebenarnya dah tertulis label kecik dekat situ dalam bahasa inggeris bermakna " Kasut dari kulit BABI ". kredit google Apa yang berlaku semalam adalah dengan tidak disengajakan aku telah terpegang kasut tu.. bukan pegang je.. siap aku test pakai dekat kaki kanan aku.. huhu.. bila aku letak balik kasut tu baru terpandang satu nota yang mengatakan kasut tu dari kulit babi.. ohhhhh tidak.. luruh jantung aku.. Moral : Lepas ni aku kena hati2 sebelum nak test apa2 produk dekat kedai pakaian.. peringatan buat rakan semuslim juga...  Balik rumah je.. aku terus gi cari tanah dan sa...

Teratakarmo Jadi Duta Kicap Cap Kipas Udang

Imej
Salam , Baru je tadi aku terbaca dekat blog Teratakarmo berkenaan kicap cap kipas udang. wah memang bersungguh sahabat kita nak bagi tahu semua pengguna yang sekarang ni ada satu produk kicap cap kipas udang yang tiruan. Risau juga bila makan kicap tiruan ni, bukan apa takut ada bahan-bahan terlarang pulak dalam tukan. jadi aku memang menyokong penuh hasrat sahabat kita ni untuk menyebarkan informasi sehingga tertangkapnya dalang disebalik penipuan ni. Mungkin satu hari nanti siapa tahu bro Jejai boleh jadi Duta kicap cap kipas udang.. aku doakan bro.. disebabkan entri kau tu aku terus gi check kicap dekat umah mak  mertua aku.. nasib baik asli.. kalau tidak aku dah saman kedai yang jual tu.. hehehe Ok aku nak kongsi sikit beza kicap cap kipas udang asli dengan tiruan. kredit foto teratakarmo Sila rujuk blog Teratakarmo untuk perbezaan yang lebih lanjut. Tagged as : Perbezaan kicap tiruan dan asli -------------------------------------------------------------- Follow D...