Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penang

Pengalaman Pertama Balik Penang Naik AirAsia

Imej
  Assalamualaikum kepada semua pembaca blog myvitrd ni.. maaf dipinta kerana tuan empunya blog ni semakin hari semakin jarang mengupdate cerita dalam ni.. tapi takpe insyallah kalau ada masa terluang akan di updatekan cerita-cerita kehidupan kami sekeluarga dalam ni.. Cerita dekat bawah ni adalah cerita yang dah basi aku kira kerana dah berlalu 2 bulan tapi baru ada kesempatan nak mengupdate dalam blog ni.. Kalau sebelum ni setiap kali kami balik ke Penang pastinya kereta rasmi keluarga yang kami akan gunakan.. belum pernah lagi naik bus balik ke Utara.. tapi kali ini kami beranikan diri balik ke Utara dengan menggunakan pengangkutan udara.. kebetulan tarikh yang cik isteri kena balik ke Penang tu adalah tarikh promosi tiket AirAsia so nak jadikan cerita cik isteri bookinglah 3 tiket 2 dewasa 1 kanak2 yang semuanya berharga dalam RM21x.xx sahaja termasuk kos bagasi dan tiket pergi balik untuk seorang.. Biasanya Kalau balik ke utara tak cukup RM300 kami belanjakan untuk pe...

Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang

Imej
  Alhamdulillah selesai sudah perkara yang wajib, hujung minggu lepas sempat melapangkan masa pulang ke kampung mertua di Penang untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah cucu ke-3 mertua, kali ni dapat anak saudara perempuan pulak.. baby baru kepada adik cik isteri… Majlis aqiqah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.. 2 ekor kambing ditumbangkan walaupun untuk baby perempuan sunat seekor kambing sahaja. sebenarnya satu ekor lagi sumbangan dari mertua untuk dibuat kambing golek.. yang seekor untuk majlis aqiqah dimasak dengan masakan kurma.. Aktiviti melapah kambing pada sehari sebelum majlis kenduri aqiqah.. buat-buat macam pandai je ni orang yang tengah lapah tu.. :-) Pada awal pagi dihari majlis aqiqah.. kerja-kerja mengemaskan meja dan menyiapkan ruang makan untuk tetamu yang akan hadir. Jam 12.00 tengahari kambing yang akan digolek telah tiba.. senyum je abag tu Menurut tokey kambing golek ni.. kambing ni dah di kukus dan diperap dengan rempah...

Pengalaman Naik Bukit Bendera @ Penang Hill

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Entri ni sepatutnya dibuat tahun lalu.. tapi disebab mood nak update entri tu takda dan sentiasa sebuk memanjang je.. so tertangguhlah entri ni selama 2 minggu.. Kali ke-2 sampai di Bukit Bendera walaupun dah 4 tahun jadi sebahagian dari orang Penang.. first time naik bukit bendera dulu masa sekolah rendah.. itu pun ikut rombongan sambil belajar.. tahun bila aku  pun dah tak ingat.. dan memang tak ingat dah langsung pemandangan dekat bukit bendera tu.. Di sebabkan kebetulan hujung tahun lepas aku memang balik bercuti di Penang dan beberapa orang family cik isteri pun tengah bercuti dipenang juga.. so kami sekeluargalah pakat-pakat nak naik bukit bendera sambil bawa anak saudara dan sepupu-sepupu cik isteri. Seperti yang telah dirancang tarikh 23hb Disember 2013, hari isnin kami sepakat untuk kesana.. bertolak dari rumah mertua sebelah pagi.. sebab takut sampai lewat dan taknak berebut-rebut beli tiket bila dah tengahari...