Awas! Pastikan Basuh Tin Dulu Sebelum Minum
Salam, Pagi ni aku menerima kiriman email dari isteriku yang bertajuk " Basuh Tin Dulu Sebelum Minum ". Perkara yang kita selalu terlepas pandang adalah apabila kita meminum minuman bertin yang kita beli dikedai tentunya kita tidak membasuh terlebih dahulu sebelum minum. Betulkan? kalau dah dahaga tu main tunggak jekan... Eyriqazz dan wak Je Jai jangan buat macam tu k. Baca kiriman email dibawah Kejadian ini baru saja terjadi di Texas Utara. Seorang wanita pergi bermain perahu pada hari minggu dan membawa beberapa tin coke yang disimpan di lemari pendingin kapal itu. Pada hari Isnin, ia dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di ruangan Intensive Care Unit. Dia meninggal dunia pada hari Rabu. Keputusan autopsy menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan cawan. Keputusan ujian menunjukkan tin tersebut telah dijangkiti urin tikus yang sudah mengering dan itulah yang menyebabkan Leptospirosis. Air kencing tikus men...