Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keyword

Cara Nak Beli Atau Download DVD KL Gengster 2

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sehari dua ni antara yang hot diperkatakan adalah 20 sen.. kenaikan harga RON95 dan Diesel sebanyak RM0.20 berkuatkuasa malam tadi.. aku tak mau bincang pasal isu ni sebab dalam wall facebook dah banyak orang komen.. ada yang suka ada yang tak suka.. samalah macam di dalam blog ada yang tulis wajar subsidi dikurangkan dan ada juga yang tulis tak wajar minyak dinaikkan.. apa pun aku hormati pendirian masing-masing. Aku nak tutup topik 20 sen ni.. Petang ni aku nak kongsikan satu keyword pelik dalam blog aku yang orang cari.. Cepat mengaku sapa yang cuba-cuba nak cari cara nak beli DVD KL Gengster 2 tu.. aku tahulah minggu ni kecoh pasal filem KL Gengster 2 yang telah dimuat naik ke internet dan khabarnya ada yang dah mula buat salinan dalam bentuk CD untuk dijual.. macam-macam cara orang nak buat untung cepat ni.. sampaikan undang-undang semua kasi langgar.. Berbalik kepada keyword tu.. mungkin juga orang tu tersilap taip...

Kuasa Eyriqazz Dalam Dunia Blogger | Keyword Popular Hari Ini

Imej
Salam, Siapa sangka dengan entri teguran dari eyriqazz telah memberi impak besar dalam blog aku pagi ni.. korang tak percaya tengok print screen dekat bawah ni.. siapa penyumbang traffic tertinggi aku pagi ni? Sapa dia sebenarnya ni? Aku tak sangka rupanya sekali dia buat teguran tengok beratus-ratus visitor masuk dalam blog ni melalui link beliau.. so kalau korang terasa nak kena tegur juga rajin2lah ye tegur-tegur tokey tiger show tu..hahaha. Satu lagi yang menarik pagi ni.. adalah cerita pasal keyword . atau bahasa melayunya katakunci.. aku tak pandai lagi main SEO   keyword ni.. tapi bila tengok dekat bawah ni.. ini ke yang dikatakan kuasa keyword yang sebenar? Nak belajar SEO boleh rujuk dengan kak yanmieonline .. pakar dalam bab SEO ni. sebut pasal cuti umum... ramai je yang google ye? Mentang-mentang esok cuti umum.. ramai yang mencari di google betul ke esok cuti umum.. aku tahu bukan semua orang tahu yang esok cuti umum.. Bos aku sendiri baru je tadi pagi tahu....

Jana Pendapatan Dengan Club Bina Badan

Imej
Salam, Selama ni kita selalu dengar jana pendapatan melalui internet dengan berblog @ menggunakan facebook @ dengan twitter . Tapi pernah tak korang dengar kita boleh jana pendapatan dengan Club Bina Badan? Bunyi macam menarik bukan.. sebab tak semua orang boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Tapi kalau dah macam Sazali Samad tu aku rasa dia memang jana pendapatan hasil dari bina badan. kredit foto google Korang tentu pelik napa aku buat tajuk entri ni.. padahal aku bukan ahli kelab bina badan malaysia.. kalau kawan2 aku baca entri mesti gelak je.. badan macam cicak nak ada angan-angan bina badan.. podalah... Ni semua gara-gara keyword yang pagi2 masuk dalam blog akulah ni.. tak tahulah sapa yang g buat carian dalam blog aku ni pasal nak jana pendapatan dengan club bina badan.. hehehe.. sapa punya kerja ni , mengaku cepat? Korang ni dah salah channel kau terjah ni.. sepatutnya korang masuk dalam blog dekat bawah ni.. dia orang memang tengah jana pendatan melalui c...

Keyword Terpilih Minggu ini

Imej
Salam pagi semua, aku sebenarnya belum mahir lagi nak bercerita pasal tips naikkan trafik pengunjung di blog. Dari apa yang aku tahu, keyword atau kekunci menjadi salah satu tips untuk mendapatkan trafik dari enjin carian seperti google & yahoo . Seperti apa yang terjadi pada blog aku minggu ni terdapat 2 keyword yang menjadi popular iaitu www.tonton.com.my dan epilog syurga cinta . keyword-keyword ini datang dari entri aku yang menceritakan pasal produk terbaru TV3 dan drama bersiri akasia setiap petang iaitu epilog syurga cinta . Mungkin rezeki aku minggu ni sebab keyword yang aku guna tu meletup semuanya. semalam je aku dapat pengunjung unik lebih dari 600 pengunjung dan yang view blog je lebih dari 1000 pengunjung. Alhamdulilah kebetulan buat masa ni ada satu buffered earnin g yang tengah berjalan di blog ni yang datang dari Digi . so memang memberi kesan baik kepada pendapatan buffered earning aku ni. Kepada yang ingin mengetahui teknik SEO bagi menentukan keyword ...