Nuffnang di Infiniti Kosmo [15/9/2010]
Salam malam semua, mungkin aku adalah orang yang ketinggalan mendapat info yang mana baru-baru ini majikan kita Nuffnang dah masuk paper Kosmo ruangan infiniti. kalau korang nak tahu sapa yang menghiasi muka ruangan infiniti tu adalah Bos Besar Nuffnang Mr. Timothy Tiah. Tahniah bos sebab masuk ruangan Kosmo, bodek sikit. hehehe Wajah Timothy Tiah di Kosmo ... Senyum je ye.. masyuk Mr. Timothy Tiah tekun wat keje ni kakitangan nuffnang bekerja keras semua.. tengok semua sebuk tu.. Apa yang menarik dalam ruangan kosmo tu, semua sejarah nuffnang diceritakan didalam tu dari asal penubuhan sampailah sekarang ni. 3 blogger bertuah telah di masukkan dalam ruangan tu, antaranya blogger popular siapa lagi kalau bukan Kak Mira Abu Bakar ( www.redmummy.com ) serta 2 orang lagi iaitu Vivy Sofinas ( www.proudduck.com ) dan Nor Izdyani Musawir ( sayesayangiz.blogspot.com ). kalau korang nak tahu ke tiga-tiga orang ini telah memperolehi pendapatan dari pengiklanan nuffnang beribu ringgit...