Kenanga Wholesale City KL VS Plaza GM Klang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sebut sahaja Kenanga Wholesale City dengan Plaza GM pasti korang dah terbayang apa yang ada dekat dalam tu kan.. Bagi peniaga dan pemborong pakaian 2 lokasi tulah menjadi syurga beli belah untuk korang terjah. Lepas raya ni je aku terjah 2 kali Plaza GM Klang , Sebelum ni aku dah pernah pergi sekali.. cuma masa tu kedai-kedai dekat Plaza GM tu masih dalam bangunan di atas tanah.. tapi yang aku datang kali ni.. semua peniaga dah pindah dekat bangunan baru bersebelahan dengan bangunan lama tu.. Bangunan baru pusat borong pakaian, Plaza GM Klang Buat masa sekarang ni parking masih free lagi.. sama seperti Kenanga Wholesale City dulu masa mula-mula buka.. parking free tapi sekarang dah kena bayar ye.. Bermula dari pakaian dan mainan kanak-kanak Rambang mata tak tahu nak beli apa.. anak aku habis semua ditunjuknya nak beli.. hehehe last-last dapat juga 2 bodyguard dari Spiderman.. hehehe Rumah baru me...