Kenanga Wholesale City KL VS Plaza GM Klang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebut sahaja Kenanga Wholesale City dengan Plaza GM pasti korang dah terbayang apa yang ada dekat dalam tu kan.. Bagi peniaga dan pemborong pakaian 2 lokasi tulah menjadi syurga beli belah untuk korang terjah.

Lepas raya ni je aku terjah 2 kali Plaza GM Klang, Sebelum ni aku dah pernah pergi  sekali.. cuma masa tu kedai-kedai dekat Plaza GM tu masih dalam bangunan di atas tanah.. tapi yang aku datang kali ni.. semua peniaga dah pindah dekat bangunan baru bersebelahan dengan bangunan lama tu..

GM Plaza Klang

Bangunan baru pusat borong pakaian, Plaza GM Klang

GM Plaza Klang 1

Buat masa sekarang ni parking masih free lagi.. sama seperti Kenanga Wholesale City dulu masa mula-mula buka.. parking free tapi sekarang dah kena bayar ye..

GM Plaza Klang 2

Bermula dari pakaian dan mainan kanak-kanak

GM Plaza Klang 3

Rambang mata tak tahu nak beli apa..

GM Plaza Klang 4

anak aku habis semua ditunjuknya nak beli.. hehehe

GM Plaza Klang 5

last-last dapat juga 2 bodyguard dari Spiderman.. hehehe

GM Plaza Klang 6

Rumah baru memang sesuai borong karpet ni.. murah-murah

GM Plaza Klang 7

replika kereta.. jangan cakaplah memang banyak.. aku suka yang ni.. tapi aku tak beli.. masih tahan nafsu lagi.. hehehe

GM Plaza Klang 8

Tikar upin ipin niat asalnya memang nak cari yang nilah.. dapat borong tiga.. untuk harraz dengan adik dia dekat kampung..

GM Plaza Klang 9

Pakaian wanita pun tak kurang hebatnya.. pilih je mana yang berkenaan.. beli banyak dapat murah.. beli sehelai ada mahal sikit

Kalau di bandingkan dengan Kenanga Wholesale City… tempat dan ruang berniaga dekat Plaza GM ni masih tidak banyak.. mungkin di sebabkan masih baru dan masih belum banyak kedai dibuka..

Apa pun kedua-dua pasaraya borong tu memang terbaik untuk sapa-sapa nak beli barang borong untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan.. samada berniaga secara online atau offline..

Ulasan

  1. Kedua2 tempat tak pernah pergi lagi. Namapun bukan kaki shopping. Entah bila nak sampai tu yer.. Eheh..barang2 rumah murah tak?

    BalasPadam
  2. MJ kalau ke sana sure terjah KWC ngan Plaza GM ni, syok memborong :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak