Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cash out nuffnang

Masih Ada Income Bersama Nuffnang

Imej
  Rasanya lebih setahun dah aku tak pernah update pasal cerita Nuffnang ni.. rata-rata semua blogger sendiri dah tahu apa dia nuffnang ni.. tak perlu aku nak ulas panjang-panjang dan ulang-ulang entri yang dah dibuat oleh rakan blogger lain.. nak cerita panjang google sahaja. Apa pun alhamdulillah masih ada site income dari nuffnang ni walaupun dah 6 bulan menabung dapat juga cash out akhirnya.. kalau tahun-tahun sebelumnya boleh dikatakan hampir setiap hujung bulan pastinya mesti dapat tekan butang cash out pada website nuffnang tu.. tapi untuk tahun ni merupakan tahun paling slow aku memblog.. visitor pun dah boleh kira pakai jari yang masuk setiap hari.. Bukan salah nuffnang sebenarnya .. tapi salah diri sendiri.. pertamanya aku dah mula kurangkan entri dari setiap hari kepada setiap minggu sahaja.. sikap malas menjadi punca segalanya.. biasalah tu.. ada masanya kita bersemangat nak menulis.. ada masanya dingin sahaja.. Sekarang ni pun bukan nuffnang sahaja yang b...

Hadiah Harijadi Dari Nuffnang | Cash-Out Tertinggi Sepanjang Berblogging

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia sehingga entry ini dipostkan… kurang dari 2 hari lagi.. bertambah lagi usia aku yang muda ni… ( hahaha gelak jahat sikit ).. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan serta dimurahkan rezeki bersama-sama isteri dan anak tercinta. Sebenarnya tarikh 31hb ni memang dah lama aku nanti-nantikan… bukan kerana sebab ada games badminton Axiata 2012 petang ni.. tetapi sebab aku nak meloncat tinggi-tinggi atas usaha keras aku selama beberapa bulan ni.. akhirnya berjaya aku mengumpulkan 4 angka untuk di cash-out hari melalui akaun Nuffnang ..Alhamdulillah Syukur.. Kalau bukan kerana sokongan dari isteri tercinta.. rasanya mustahil untuk mencapai sasaran cash-out nuffnang 4 angka ni…( 50% hasil cash-out dah janji nak bagi isteri tercinta .. hehehe ) Terima kasih juga aku ucapkan kepada nuffnang yang tak pernah kedekut dengan blog aku ni.. untuk di berikan beberapa tugasan advertorial .. sampaikan kekadang tu aku ter...

Gatal Tangan & Tak Tahan

Imej
Salam semua, Akhirnya setelah 5 bulan aku pendam semuanya.. hari ni disebabkan dah gatal sangat tangan aku.. dengan tanpa ragu-ragu dan dalam keadaan waras aku terus klik butang Cash-out .. habis selamat semua earning aku selama ni.. sekarang dah jadi telur ayam semula..hehehe Nilah namanya rezeki sampingan berblog.. dari suka-suka kepada terlebih suka.. sapa yang tak suka bila nampak benih yang ditanam selama ni membuahkan hasil. Bila duit tabung bunian ni dah kosong nampak gaya kena isi baliklah tabung bunian untuk misi akan datang ni. Rezeki berblog kali ini akan aku gunakan untuk shopping barang-barang baby.. sekurang-kurangnya nampak jugalah hasilnya nanti.. hehehe Cik malarang dah sound aku minta ajak bawa gi IPC ni.. hehehe Terima kasih kepada Nuffnang kerana tak putus-putus utus buffered earning dekat aku.. sebab tulah aku sangat sayang dengan kamu.. hehehe. Sapa-sapa yang dah layak untuk cash-out tu minggu ni minggu yang sesuai untuk cash-outkan pendapatan.. j...

Boleh Cash-Out Lagi Income Nuffnang Bulan 4 Ni

Imej
Salam semua, Kalau tiap-tiap bulan boleh cash out je memang seronok je rasa hati.. tapi kata orang tak semudah yg disangkakan betul tak? Sebenarnya 2 hari lepas aku perasan earning nuffnang aku dah boleh cash-out lagi..walaupun tak beribulah.. hehehe.. Tapi cukup lepas bayar berukband aku bulan ni.. Alhamdulilah syukur. Terima kasih kepada nuffnang yang tak putus-putus bagi buffered earning.. sebulan satu buffered earning pon dah ok.. Stop dulu ye..aku nak bertolak gi Perak ni..ada urusan keluarga... balik nanti aku sambung cerita ye.. wasalam P/S : Suka tak kalau tiap-tiap bulan boleh cash-out -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Bulan-Bulan Cash Out Nuffnang Best Jugakan

Imej
Salam semua, Aku dah tahu setiap kali ada keluar entri terbaru mana-mana blogger je yang ada tajuk perkataan " nuffnang " tu mesti ramai yang nak klik.. betul tak? termasuklah diri aku ni..hehehe Seronok apa baca entri kawan-kawan yang bagi tips macam mana nak dapat BE, macam mana nak naikkan trafik dan cerita pasal berjaya cash out earning nuffnang . Semua orang tahu yang hari ni dah 30hb.. macam biasa ahli-ahli komuniti nuffnang yang dah cukup syarat tu mesti gatal tangan nak cash out duit dalam akaun nuffnang tu.. betulkan? Samalah macam aku, pagi ni aku dah gatal tangan nak cash out untuk kali ke-6 hasil berblogging aku n tampal iklan nuffnang tu.. Cash Out Kali Ke-6  Syukur alhamdullilah setakat tahun 2011 ni.. aku berjaya membuat cash out setiap hujung bulan.. terima kasih nuffnang sebab masih sudi memberikan buffered earning.. walaupun kekadang tu lama sangat dia tido.. hehehe. Aku rasa cukuplah kot aku cerita ni.. nanti panjang-panjang dah mula ada yang m...

Semalam Cash-Out Hari Ini Cek Dah Sampai

Imej
Salam semua, Aku dah tahu dah.. bila ada je orang buat entri pasal earning nuffnang ke.. cash-out ke... cek ke.. buffered earning ke.. atau apa2 je yang berberkaitan dengan nuffnang mesti ramai yang nak baca.. betul tak? termasuklah tn. punya entri ni.. hehehe Sebenarnya bukan apa.. seronok baca entri orang yang yang cerita pasal kejayaan mereka buat duit secara online ni.. bohong kalau korang kata tak suka duit pasif atau duit hasil blog ni.. kalau korang kata " saya ikhlas berblog.. tak dapat duit pon takpe ".. ok kalau dapat cek tu send dalam akaun aku ye kalau tak suka.. hahaha.. hasil untuk 2 bulan ye.. bukan sebulan Berbalik kepada tajuk asal kita tu.. sebenarnya baru je semalam aku buat cash-out earning nuffnang aku selama 2 bulan.. tak banyak mana pon kalau nak dibandingkan dengan tokey rimau eyriqazz .. hehehe.. lagi pon earning yang aku dapat tu hasil dari buffered earning yang dan metered dengan hasil sumbangan sapa entah yang klik iklan dalam blog ni.. teri...

Nak Cash-Out Ke Tak Duit Nuffnang Ni!

Imej
Salam malam, Alhamdulilah baru je seminggu masuk bulan 1 untuk tahun 2011 ni.. tadi aku check akaun nuffnang aku.. rupanya aku dah layak untuk menebus pendapatan aku yang seciput ni.. Maaf kalau ada yang tak suka aku publish-publish duit nuffnang ni.. bukan nak menunjuk-nunjuk hanya nak bagi semangat untuk rakan-rakan dengan diri sendiri supaya rajin-rajinkan diri update blog kalau nak income lebat setiap bulan. Haaa.. tu dia.. bukan banyak pon  RM 50.45 sen je.. adalah cukup-cukup syarat untuk cash-out bulan ni.. lepaslah aku bayar broadband maxis aku bulan ni....  Kalau korang macam mana dah cash-out atau tunggu lagi?  So satu tips yang aku nak bagi sebelum cash-out nuffnang ni adalah kalau korang nak dapat cepat cek tu.. buat cash-out pada hujung bulan atau minggu terakhir setiap bulan.. so awal bulan untuk bulan berikutnya insyaallah boleh dapat cek atau dalam erti kata lain 30 hari lepas cash-out insyaallah cek nuffnang sampai dekat rumah korang. gadget...

Earning Nuffnang Tahun 2011 | myvitrd.com

Imej
Salam, Semalam blog myvitrd telah melakar sejarah untuk tahun 2011 dengan melangkah setapak lagi maju kehadapan apabila telah berjaya bertapak dengan domain sendiri yang dulunya dikenali sebagai myvitrd.blogspot.com dan kini menjadi myvitrd.com sahaja.. Eyriqazz macam mana sekarang? .. aku harap ko boleh ingat nama blog aku sampai bila-bila ye.. hehehe.. kalau korang nak tahu eyriqazz ni banyak bagi semangat untuk aku bertukar kepada domain baru. Setelah hampir sebulan aku tinjau-tinjau dan kaji2 kesan buruk & baik bila bertukar domain ni.. aku ambil keputusan semalam untuk teruskan projek domain aku.. dan alhamdulilah akhirnya berjaya dengan beberapa bantuan dari rakan-rakan semua.. tq kak Yanmieonline yang banyak bagi panduan untuk tukar domain dalam configure blogspot tu. Berkenaan cerita pendapatan nuffnang pulak.. aku telah menebus pendapatan aku pagi ni.. selaras dengan penukaran domain baru.. so hasilnya dekat atas tu sekarang pendapatan nuffnang menjadi RM0.00 ...

Traffic Blog September 2010

Imej
"Statistik dari Nuffnang " Salam semua, kalau korang pembaca setia blog ini tentu korang masih ingat entri aku bulan lepas " Traffic Blog Ogos 210 " yang mana aku mensasarkan pada bulan september aku nak sekurang-kurang 1000 UV (uniqe visitor) setiap hari. Alhamdullilah apa yang aku sasarkan tu aku berjaya dapat walaupun taklah setiap hari aku dapat 1000 UV tapi puratanya memang 1000 UV aku dapat sehari. Dari hasil kaji selidik aku punca utama trafik bulan september meletup adalah dek kerana pengunjung yang tak henti-henti datang untuk mendownload drama " epilog syurga cinta " yang telah berakhir minggu lepas. Harapan untuk bulan Oktober ni aku mengharapkan trafik blog aku dapat maintence seperti bulan september. Kali ini sasaran trafik banyak aku harapkan dari pengunjung yang mula datang untuk mendownload drama bersiri baru " Chinta " yang baru je memasuki episode 5 hari ini. Perhatikan jumlah visitor yang masuk ke blog myvitrd setiap hari di g...

Earning Nuffnang Jadi Kosong Tiba-tiba

Imej
"Earning jadi RM 0.00" Salam semua, ohhhhhh tidak... itu yang boleh aku katakan bila aku tengok semalam adalah beberapa ringgit earning dalam akaun nuffnang aku tapi tiba-tiba hari ini semua dah jadi RM 0.00 .. kenapaaaaaaaaaaa jadi macam ni... Mesti semua tertanya-tanya adalah aku salah seorang yang ditarik balik earning selama ini kerana melakukan Clik Fraud pada iklan-iklan nuffnang.. jawabnya TIDAK .... tapi kenapa semua earning aku hilang dalam sekelip mata. jawapannya dekat bawah ni.... Memandangkan hari ini adalah hari last untuk bulan september 2010, so aku membuat keputusan untuk membuat cash-out pendapatan yang ada walaupun tak banyak macam korang punya. setakat nak bayar bulanan langganan iDigi 88 tu lepaslah.. hehehe Bulan lepas aku dah claim sekali dan cek tak sampai lagi, dan ni masuk kali ke 3 aku claim cek nuffnang sepanjang aku berblog dan join nuffnang. cek pertama aku dah rasa.. sekarang harap-harap semua cek yang aku claim ni tidak ada apa-apa masalah ...

Traffic Blog Ogos 2010

Imej
Salam pagi semua, nampaknya sedar tak sedar kita semua dah masuk bulan September tahun 2010. Tak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya dah tu kita semua akan cuti panjang. alhamdulillah dan syukur juga dalam bulan puasa ni traffic blog aku juga agak  memberangsangkan dengan lebih kurang purata pengunjung uniqe sehari seramai 600 orang. tu namanya rezeki ramadhan. Graf yang menunjukkan peningkatan trafik blog myvitrd untuk seminggu je lebih kurang 5000 pengunjung uniqe antara keywords yang popular di blog myvitrd sepanjang ramadhan sebenarnya aku masih mengharapkan buffered earning dari nuffnang dibulan ramadhan ni, tapi nuffnang masih belum sudi bagi dekat aku. mungkin belum ada rezeki kot. apa pon buat masa ini aku cuba nak up kan traffic aku sehingga 1000 uniqe sehari dalam bulan september ni.. tq kepada pengunjung yang sentiasa support blog myvitrd ni. Tagged as : Traffic Blog, Increase Your Traffic Blog

Cash Out Nuffnang Sekarang !!

Imej
Salam pagi semua, hai pekabar semua rakan2 sekalian.... aku mengharapkan korang bergembira semua sama macam aku bergembira bila dah cash outkan pendapatan dari nuffnang ni.. hehehe ni merupakan cash out kali ke-2 yang aku buat selepas hampir setengah tahun aku berblog sampil menjadikan nuffnang sebagai majikan part time aku. penghujung tahun lepas aku pernah cash out akaun nuffnang aku kali pertama dengan tak seberapa pendapatan, tapi alhamdullilah cukup aku nak bayar broadband aku tu.. hehehe kepada sahabat yang tak tahu bila waktu sesuai kita nak cash out pendapatan nuffnang, disini aku nak g tahu hari ini adalah hari paling sesuai iaitu penghujung bulan. ada antara rakan2 kita yang buat cash out setiap 27 & 28hb setiap bulan dan ada juga yang akan cash out pada hari isnin terakhir setiap bulan. itu semua bergantung kepada kehendak korang. cuma apa yang aku nak pesan kalau nak dpt cek tu cepat jangan cash out pada awal bulan sebab ini akan menyebabkan korang punya cek akan sampai...