Hadiah Harijadi Dari Nuffnang | Cash-Out Tertinggi Sepanjang Berblogging

 

Salam semua,

Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia sehingga entry ini dipostkan… kurang dari 2 hari lagi.. bertambah lagi usia aku yang muda ni… (hahaha gelak jahat sikit).. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan serta dimurahkan rezeki bersama-sama isteri dan anak tercinta.

Sebenarnya tarikh 31hb ni memang dah lama aku nanti-nantikan… bukan kerana sebab ada games badminton Axiata 2012 petang ni.. tetapi sebab aku nak meloncat tinggi-tinggi atas usaha keras aku selama beberapa bulan ni.. akhirnya berjaya aku mengumpulkan 4 angka untuk di cash-out hari melalui akaun Nuffnang..Alhamdulillah Syukur..

nuffnang-myvitrd-cashout-tertinggi-2012

Kalau bukan kerana sokongan dari isteri tercinta.. rasanya mustahil untuk mencapai sasaran cash-out nuffnang 4 angka ni…(50% hasil cash-out dah janji nak bagi isteri tercinta.. hehehe)

Terima kasih juga aku ucapkan kepada nuffnang yang tak pernah kedekut dengan blog aku ni.. untuk di berikan beberapa tugasan advertorial .. sampaikan kekadang tu aku terpaksa update entri dalam kereta walaupun dalam keadaan tidak selesa.. hehehe.

Sebagai contoh semalam masa aku ontheway balik ke Johor.. last-last minit dapat email dari staff nuffnang.. kata ada tugasan yang kena buat dan perlu dihantar dengan segera.. apa lagi masa yang dia bagi tak sampai pun 3 jam untuk siapkan tugasan tu.. gelabah semacam jelah.. penyudahnya berenti dekat kawasan rehat lebuhraya di Ayer Keruh, Melaka dah tu terus update entri dalam kereta dengan gaya macam dekat bawah ni.. hahaha

blogger myvitrd

Alhamdulillah dengan keadaan kelam kabut.. gelabah… panas dan macam-macam lagi akhirnya berjaya juga aku submit tugasan tu mengikut masa yang ditetapkan.. apa pon berbaloi-baloi dengan apa yang aku buat ni.. Terima kasih kepada Celcom broadband aku tu yang membantu kerja-kerja aku ni untuk online dimana-mana sahaja..(bodek-bodek celcom sikit.. hehehe).

Apa yang boleh aku cakap.. bukan mudah untuk mencapai sasaran yang ada sekarang ni.. kekadang tu cabaran yang datang mencabar minda dan emosi.. apa yang penting kena tabah dan terus berusaha dengan jayanya…

Tanpa usaha rezeki takkan datang bergolek.. dan sekarang aku dah percaya yang dengan berblog memang boleh buat duit.. tapi mesti kena dengan caranya.. So kalau korang nak belajar macam mana nak buat duit dengan berblog ni, korang boleh terjah blog blogger-blogger ni.. Tokey Unifi, Mat Tiger dan Duta Kicap.. (banyak lagi sebenarnya.. tapi cukup 3 contoh ni ye.. hehehe) korang rajin-rajin baca entri dia orang.. ada ilmu tersembunyi yang ada dalam penulisan dia orang.. apa yang penting rajin-rajinlah korang gali ilmu tu ye..

Tiada jalan mudah untuk berjaya.. semoga rakan-rakan blogger semua terus berjaya di masa-masa akan datang.. Cayoookkk..

Ulasan

  1. amboiii..tu dia ehh,, byk tu!! tahniah bro, good luck!! :)

    BalasPadam
  2. tahniah berganda utk awak... bukan senang nak dpt cashout 4 angka di usia masih muda hehe...

    caiyok caiyok..kongsi2kanlah tips sama..

    BalasPadam
  3. wah....blela blanje mee ketam camni,....hik3..

    BalasPadam
  4. tahniah bro..... betul kata eyriqazz jom open table

    BalasPadam
  5. usaha tangga kejayaan..tahniah..seronok tgok org berjaya ni..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak