Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat Sunat Tarawih

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Imej
  Salam ramadhan semua, Semalam aku ada tulis satu petikan Hadith diwall facebook aku berkenaan dengan kelebihan solat sunat Tarawih di malam pertama.. tak lama lepas aku tulis diwall aku tu.. tetiba sahabat facebook aku terus komen minta aku supaya jangan sebarkan Hadith tersebut kerana didapati hadith tersebut adalah hadith palsu . Kredit image : Google Beliau turut meminta aku merujuk berkenaan hadith palsu tersebut di laman web JAIS .. so bila aku rujuk dilaman web JAIS tu memang telah dimaklumkan bahawa hadith yang menyenaraikan kelebihan solat sunat tarawih tersebut adalah hadith palsu. Semoga kita sama-sama sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain berkaitan dengan penyebaran hadith palsu ini.. untuk maklumat selanjutnya rujukan di Web JAIS ** entri sebelum ni yang pernah dikeluarkan mengenai kelebihan solat sunat tarawih setiap malam telah dikeluarkan dari blog ini **

Lafaz Niat Puasa, Doa Berbuka Dan Panduan Solat Sunat Tarawih

Imej
  Salam semua, Setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan masa tulah ramai umat islam akan mula refresh balik panduan-panduan yang berkaitan dengan bulan ramadhan ni termasuklah aku sendiri… antaranya yang paling popular dicari di google antaranya lafaz niat berpuasa , doa berbuka puasa , dan panduan solat sunat Tarawih . Memang betul pun kekadang kita mungkin terlupakan panduan-panduan tersebut so tak salah untuk mempelajarinya semua.. Kredit Photo : Google “ Melihat Anak Bulan ” Dalam blog ni pun aku dah pernah kongsikan panduan-panduan tersebut so rasanya tak perlulah aku nak ulang balik dalam entri ni.. so apa yang perlu korang buat untuk dapatkan panduan tersebut buka sahaja link yang diberikan dibawah ni. Lafaz Niat Berpuasa &  Doa Berbuka Puasa   Panduan Solat Sunat Tarawih Sebentar tadi telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa umat islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21hb Julai 2012 ... jadi dikese...

Panduan Solat Sunat Tarawih

Imej
Solat Sunat Tarawih adalah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa Bulan Ramadan. Latar Belakang Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat. Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Dalil Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewaj...