Jom Sama-sama Hulurkan Bantuan kepada Rumah Aman hanya dengan Klik!
Salam semua, Pernahkah korang mendengar Nama Rumah Aman ni? kalau belum pernah ni aku terangkan sedikit apa dia Rumah Aman ni. Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam, dengan kemudahan yang lengkap untuk menjagak anak-kanak lelaki miskin yang menjadi yatim piatu atau daripada keluarga yang memerlukan. Rumah Aman mula beroperasi pada tahun 2005, dan pada masa ini menempatkan 30 kanak-kanak lelaki pelbagai umur. Di sana, kanak-kanak disediakan dengan pendidikan, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Misi mereka adalah mudah - untuk memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak ini seperti ibu bapa lain untuk anak-anak mereka. Boleh rujuk entri ni untuk info berkenaan Rumah Aman Kini Nuffnang bersama-sama dengan Churp Churp dan MilkADeal sedang cuba mengumpulkan dana untuk Rumah Aman di TLC Promise Me Musim 2 . Sebanyak RM20,000 dana diperlukan sebelum 30 Oktober 2011 ini bagi membantu Rumah Aman untuk kerja-kerja menaik taraf pendawa...