Di Mana Nak Dapatkan Buah Zuriat Ni
Salam semua, Nak dikatakan hampir setiap hari ada sahaja keyword BUAH ZURIAT ni melekat dalam blog aku ni.. bukan tu je.. ada juga antara blogger yang aku jumpa tu bertanyakan mana nak dapatkan buat zuriat ni? Apa yang aku boleh katakan kalau nak beli ada sorang kenalan blogger ni pernah buat iklan menyatakan beliau ada stok 50KG buah zuriat ni.. tapi tak tahulah sekarang ni ada lagi atau tak.. apa pon korang boleh rujuk blog beliau di http://herbazuriat.blogspot.com atau hubungi terus di 019-912 6450 . Apa yang aku nak ingatkan.. tak lama lagi sebenarnya nak musim Haji.. so sapa-sapa yang ada saudara mara yang akan pergi mengerjakan Haji ke Tanah suci Mekkah tu.. bolehlah kirim beli dekat sana.. sebab setahu aku buah Zuriat ni hanya ada ditanam dan dijual di Mekkah sahaja. Kita ni hanya berusaha je.. zuriat ni semua ketentuan dari yang maha esa.. yang penting kita jangan putus asa berdoa dan sentiasa berusaha.. semoga apa yang kita hajatkan tu akan dimakbulkan. ...