Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kobis

Pindah Kobis Ke Pasu Baru

Imej
Alhamdulillah masih diberi kesihatan untuk meneruskan aktiviti seharian.. Jadi dalam musim PKP ni banyak aktiviti dihabiskan dirumah sambil bekerja dari rumah @ WFH. Sambil-sambil dirumah tu bolehlah bercucuk tanam jika ada masa yang terluang.. ok kebetulan sekarang saya tengah cuba tanam buah kobis.. dan baru-baru ni ada beli pasu baru untuk pokok kobis.. sebba pasu yang lama agak kecil untuk pembesaran kobis.. Jom kita pindahkan anak-anak kobis kepasu baru... layan dulu image dekat bawah ni. ni baki anak pokok kobis yang belum pindah lagi selamat berpindah ke rumah baru Alhamdulillah selesai semua pindah ke pasu baru.. semoga terus sihat dan besar..  oklah nantikan update terbaru lagi nanti.. 

Belajar Tanam Kobis Dalam Polibag

Imej
Alhamdulillah syukur kepada ilahi dan pencipta yang masih memberikan peluang bernafas dimuka bumi ini... pejam celik kita semua dah berada dipenghujung bulan Januari tahun 2021... tahun 2020 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran ekoran pendemik Covid-19 yang sehingga sekarang masih belum nampak pengurangan jangkitan dikalangan rakyat malaysia semua...  Dari mula PKP ke.. PKPB.. ke PKPP.. kembali ke PKPB.. dan kembali semula ke PKP 2.0 sehinggalah diumumkan Darurat kesihatan sehingga bulan Ogos tahun 2021. Semoga kita semua sentiasa menjaga diri dan kesihatan bersama..  oklah.. sepanjang PKP ni dan waktu bekerja dirumah.. maka banyaklah masa dapat diluangkan dengan anak-anak dan isteri dirumah.. kalau yg dulunya keluar rumah jam 6.30 pagi.. balik sampai pintu rumah 8.00 malam.. kini rutin tu dah setahun kami sekeluarga tinggalkan.. alhamdulillah ada hikmah disebalik pendemik tu..  Dapat bersama-sama ahli keluarga lebih lama dirumah dapat mengeratkan hubungan kek...