Belajar Tanam Kobis Dalam Polibag

Alhamdulillah syukur kepada ilahi dan pencipta yang masih memberikan peluang bernafas dimuka bumi ini... pejam celik kita semua dah berada dipenghujung bulan Januari tahun 2021... tahun 2020 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran ekoran pendemik Covid-19 yang sehingga sekarang masih belum nampak pengurangan jangkitan dikalangan rakyat malaysia semua... 

Dari mula PKP ke.. PKPB.. ke PKPP.. kembali ke PKPB.. dan kembali semula ke PKP 2.0 sehinggalah diumumkan Darurat kesihatan sehingga bulan Ogos tahun 2021.

Semoga kita semua sentiasa menjaga diri dan kesihatan bersama.. 

oklah.. sepanjang PKP ni dan waktu bekerja dirumah.. maka banyaklah masa dapat diluangkan dengan anak-anak dan isteri dirumah.. kalau yg dulunya keluar rumah jam 6.30 pagi.. balik sampai pintu rumah 8.00 malam.. kini rutin tu dah setahun kami sekeluarga tinggalkan.. alhamdulillah ada hikmah disebalik pendemik tu.. 

Dapat bersama-sama ahli keluarga lebih lama dirumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.. 

Ekoran banyak masa dirumah jadinya aktiviti yang tidak ketinggalan adalah bercucuk tanam.. walaupun tiada tanah dikeliling rumah.. tak menjadikan alasan untuk menghabiskan masa lapang dengan bercucuk tanam.. memandangkan rumah kami diatas langit jadinya tanaman semua ditanam di dalam pasu.. 

untuk pertama kalinya saya cuba tanam kobis kali ini.. dan dibawah ni hasilnya walaupun dah 2 bulan disemai dan ditanam.. 



keadaan anak kobis yg usianya lebih 2 bulan yang tidak dapat dipindahkan didalam pasu ekoran tiada rungan yang cukup untuk meletakkan pasu diruangan yang kosong


koleksi anak kobis yang kurang cahaya matahari


anak kobis yang baru sebulan terdedah dengan matahari


anak kobis yang dapat matahari dari awal pemindahan.. nampak saiz daun lebih besar dari anak-anak kobis yang lain

insyallah saya akan update perkembangan kobis saya nanti... sehingga berjumpa lagi.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak