Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulang Tahun kelahiran

Belanja Anak Isteri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke3? Di IKEA

Imej
  Alhamdulillah semalam genap lagi usia aku 3?.. semakin menghampiri usia 40an.. jadinya sempena hari lahir aku semalam, aku belanjalah cik isteri dan anak makan di IKEA .. dah lama tak makan dekat sini. Ada rezeki sikit bahagi-bahagilah dekat anak isterikan.. Semoga dengan meningkatnya usia ni.. aku terus diberikan kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki supaya dapat terus menyara keluarga tercinta aku.. Paling penting makin dibanyakkan amal ibadah.. amin   Juadah ringkas sempena ulang tahun kelahiranku yang dah tua ni.. Set meatball IKEA.. kembung perut nak habiskan.. Ok tak kek hari jadi ni.. hehehe.. simple jekan..

Terima Kasih Mama dan Harraz

Imej
Salam semua, Tak sangka pulak cik malarang buat surprise malam tadi sebelum masuk tidur.. Jam dah 12 malam... Aku kejutlah cik malarang masuk tidur.. Sebelum tu aku siap-siapkanlah susu untuk si harraz.. Bila semua dah siap aku masuklah bilik... Sekali aku terpandang satu bungkusan atas katil beserta dengan kad yang diletak cantik atas katil.. Oooo rupanya cik malarang yang buat semua tu.. Hehe.. Patutlah masa aku masuk bilik.. Dia buat-buat kerja dekat dapur.. Rupanya saja nak bagi aku terkejut masa masuk bilik.. Tq mama & harraz bagi hadiah dekat daddy... Macam mama tahu-tahu je daddy dah lama nak beli barang tu.. hehe.. Tq sayang.. Rasa-rasanya malam ni nak gi makan-makan dekat mana ye syg?... Hehe..

Bertambah Setahun Lagi Umurku

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah & syukur kepada yang maha esa.. kerana masih di beri peluang buat insan yang hina ini untuk meneruskan hidup sehingga ke hari ini.. Terima kasih juga kepada Mak yang telah melahirkan aku kedunia ni dan kepada ayah yang telah memberikan aku pendidikan selama ini sehinggalah aku berjaya ke tahap ini.. tanpa mereka berdua mana mungkin aku akan dilahirkan didunia ni. Tarikh 2hb April setiap tahun pasti menjadi tahun sejarah bagi aku kerana pada tarikh itulah seorang insan telah dilahirkan kedunia ni.. dan dalam diam-diam sekarang dah masuk usia ke…. tahun ( saja kosongkan korang tekalah berapa nombor dekat situ.. hahaha ).. Semoga dengan bertambahnya setahun lagi usia ni.. semakin juga dimurahkan rezeki.. diberikan kesihatan berpanjangan.. diberi kebahagian berterusan bersama-sama orang tercinta dan paling penting bertambah amal ibadah didunia ni.. Terima kasih buat Isteriku yang tercinta sebab sentiasa bersama-sama abg susah & sena...

Selamat Ulang Tahun Sayang 20-12-2011

Imej
Salam terinstimewa buat isteriku, Tepat jam 12.01 pagi ini abg ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke-27 Sygku. Semoga Sayang terus diberi kekuatan mengharungi liku-liku kehidupan yang lebih mencabar mendatang ini.. Semoga Sayang juga diberi kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan. Semoga Cinta kita terus berkekalan sampai ke syurga sygku.. Love & Miss U Sygku. Semoga dengan kehadiran orang baru Muhammad Harraz Fahim di bulan hari jadi sayang akan menceriakan lagi hubungan kita sayangku.. Dengarkanlah sedikit lagu sumbang dari suamimu ini yang dipetik dari  Imran Ajmain – Selamat Ulang Tahun Sayangku. Nota : Kalau suara tak sedap sorry ye sayangku.. hehehe

Happy Birthday Myvitrd

Imej
Salam semua.. Alhamdulillah hari ini genap usia aku 3? tahun.. dah semakin tua rupanya.. Sesuatu yang sangat mengujakan sebentar tadi bila wife aku buat pakatan dengan adik-adik aku dekat kg. untuk sambut birthday aku tadi tanpa diinform awal. Tiba-tiba je kek keluar depan mata.. wahhh.. nilah pertama kali aku sambut birthday dekat kg. bersama wife n adik2.. Terima kasih sayangku sambut sama-sama birthday abang dekat kg. ni.. Love u n Miss u sygku.. terima kasih bagi kejutan dekat abg tadi.. Doakan semoga usia abg dipanjangkan dan sentiasa dimurahkan rezeki n diberi kesihatan supaya dapat terus menjaga sayang selamanya. Nota Kaki : Hadiah ucapan “Happy Birthday Abg” dari tersayang tadi dah cukup bermakna dalam hidup aku.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang | 20-12-2010

Imej
Salam pagi reader semua, Tarikh 20.12.2010 adalah tarikh yang sangat bermakna buat aku kerana tarikh ni merupakan tarikh kelahiran isteri tercinta. Kalau korang nak tahu baru je 2 hari lepas kita orang berdua sambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dan hari ni isteri aku yang tercinta menyambut ulang tahun kelahirannya pulak.. Happy sangat ni..  Sepanjang bulan ni memang isteri aku ni asik senyum je.. senyum penuh dengan makna kot.. hehehe. Masih ingat lagi tak contest sempena anniversary & birthday tempoh hari.. semua idea dan pandangan korang semua aku guna untuk meyambut anniversary kami dan birthday isteri.. tq semua atas penyertaan dan sumbangan idea dari korang semua. Khas Buat Isteri Tercinta... Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-26 buat isteriku yang tercinta.. Semoga sygku sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia dengan ditingkatkan amal ibadah. Semoga Ulang Tahun Baru ini sayang ceria dan gembira hendaknya.. " Lagu Khas bua...