Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel juadah berbuka puasa

Juadah Berbuka Hujung Minggu

Imej
Published with Blogger-droid v2.0.10

Berbuka Dengan Bubur Lambok Pak Hassan Kg Baru

Imej
Alhamdulillah semalam petang dapat juga rasa bubur lambok pak Hassan Kg. Baru.. Selalunya kalau gi beli kena beratur panjang.. Tapi aku semalam takyah beratur sebab ada rakan opis yang gi beli lebih dan aku beli dekat dia je.. Hehehe.. Menu lain semalam adalah popia basah... Rasanya boleh tahan juga... Yang ni wajib ada.. Kurmalah.. Yang ni aku ambil dekat surau IJN masa lepas solat Jumaat.. Masa tu ada orang sedekah kurma dekat jemaah surau.. Semoga terus dimurahkan rezeki orang yang amal jariah ni.. Yang ni pulak apa kes... Hehehe.. Harraz pun tengah buka puasa dengan laksa johor.. Laksa johor ni menu mama harraz... Harraz makan spegeti dia je... Published with Blogger-droid v2.0.10

Gagal Berbuka Puasa Di Rumah Puasa Pertama

Imej
Assalamualaikum dan salam ramadan semua... Pada awalnya aku ingatkan dah balik awal 4.30 petang bolehlah aku santai-santai berbuka dekat rumah bersama cik isteri dan anak.. Tapi semuanya gagal gara-gara jem teruk masa aku ontheway balik melalui lebuhraya NKVE.. Sampai-sampai area rumah dah 7.15 lagi 15 minit nak buka.. Memang tak sempatlah nak singgah beli juadah dekat bazar.. Walaupun sebelah rumah je... Harraz pulak masa tu tak ambil lagi... Aku terus cakap dengan cik isteri.. Takpelah.. Lepas ambil harraz kita terus berbuka dekat kedai jelah.. Nak tak nak lokasi berbuka puasa aku sekeluarga hari ni.. Adalah dikedai mamak sahaja... Takpelah janji dapat berbuka juga.. Bukan berbuka dalam kereta macam tahun sebelumnya.. Esok punya nasib tak tahu lagi.. Berjaya berbuka dirumah atau tidak.. posted from Bloggeroid

Berbuka Puasa Dengan Pizza Hut

Imej
  Salam ramadhan semua, Untuk bulan puasa tahun ni pertama kalinya aku dengan cik malarang berbuka dengan  Pizza Hut dan kebetulan untuk bulan puasa ni Pizza Hut ada buat promosi Ramadhan Pizza Hut . Di sebabkan kedai Pizza Hut ni tak sampai 1km dari rumah aku so aku gi je beli sendiri walaupun boleh je nak order online. Setelah 20 minit aku menunggu di kedai Pizza Hut.. menu yang aku order pun dah siap.. nilah dia menu aku untuk berbuka semalam.. jom kita tengok apa ada dalam ni. Yang ni cik malarang punya.. Spaghetti Spicy Arabiata – RM11.00 Di sebabkan aku kelaparan so aku order 2  regular pizza yang mana kedua-duanya berharga RM36.00 Kalau ikutkan potongan ada 12 potong semua.. korang rasa habis tak aku makan dua keping pizza ni.. kalau mamat Raja Makan tu memang confirm habis punya Yang ni adalah Piza Seri Kasturi dan yang ni adalah Piza Hawaiian Chicken Alhamdulillah kalau korang nak tahu aku sorang je belasan 7 potong dan cik malar...

Juadah Berbuka Semalam, Spageti Air Tangan Isteri

Imej
  Salam ramadan semua, Ni cerita berbuka semalam.. tak sempat nak buat semalam so pagi nilah baru nak share.. takda apa cerita menarik pon cuma nak cerita semalam kami sekeluarga berbuka apa. Seawal jam 2.00 petang kita orang gerak gi Tesco Kepong area umah aku.. sampai- sampai je terus gi cari keperluan bahan mentah yang nak digunakan untuk buat spageti. Niat asal nak beli daging kisar je.. tapi dah namanya gi pasar raya takkan nak beli satu barang baru balikkan.. jalan punya jalan apa yang kita orang rasa berkenan terus tarik masuk dalam troli.. hehehe.. biasalah tu kan dah namanya shopping semua nak beli. Daging Lembu Kisar keluaran Ramly.. Pembungkus wajah baru Sampai-sampai umah je terus mulakan operasi memasak.. cik malarang ni dah pakar buat spageti.. dulu masa first time dia buat takut-takut tak jadi.. sekarang dah pakar dia dah tak payah nak rasa spageti tu.. apa pon memang terbaiklah.. emm teringat pulak tiba-tiba spageti semalam..hehehe Kuah sos ...

Tak Sempat Berbuka Di Rumah Semalam

Imej
  Salam ramadan semua, Semalam merupakan hari paling penat sekali, bukan penat dekat opis tapi penat dalam kereta.. mana tidaknya aku keluar dari opis jam 5.00 petang sampai dekat kawasan umah kurang 5 minit lagi nak berbuka. Sepanjang perjalanan balik jalan jam teruk seteruknya aku pon tak tahu apa masalahnya semalam. Apa lagi dahlah juadah berbuka tak beli lagi.. last-last cik malarang kata kita makan kedai mamak jelah abg.. aku pulak kalau sebut kedai mamak & nasi kandar ni memang ok je.. penyudahnya kami berdua berbukalah di kedai mamak dekat area umah.   Kedai penyelamat untuk berbuka semalam.. nasib baik tak ramai customer.. Malas nak tunggu order kita orang makan nasi je.. senang ambil apa lauk nak makan terus tunggu azan.. tak sampai 2 minit lepas kita orang duduk azan pon berkumandang.. dan selamatlah kami berbuka di mamak cornner ni.