Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel western food

Tree Steak House Sungai Buluh | Kalau Orang Belanja Memang Sedap

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, 3 hari lepas sempat melayan selera di Tree Steak House Sungai Buluh dengn cik malarang serta adik ipar dan suami.. Kebetulan hari tu kami baru je tiba dari pulang bercuti di Johor dan pada masa yang sama adik ipar dengan suami datang sekali bermalam dirumah.. so di ajaknya kami untuk makan makanan barat yang korang selalu sebut Western Food .. hehehe. Mula-mula ingat nak gi makan dekat area kedai makan dekat sebelah rumah je.. sebab dekat situ ada satu kedai yang memang betul-betul kena dengan selera cik isteri iaitu Lamb Chop .. tapi bila kita orang pergi kedai pulak tutup.. mungkin semua staff masih bercuti tahun baru cina.. jadi fikir punya fikir takkan nak gi dekat Chop N Steak Kg baru pulakkan jauh tu.. jalan pulak mesti jem.. so penyudahnya tetiba teringat satu kedai makanan western dekat Sungai Buluh.. terus ajak dia orang ke sana.. lagi pun orang nak belanjakan kita suka je.. hehehe. Disebabkan parking penuh terpaksa par...

Layan Western Food Sambil Tengok Bola

Imej
  Salam semua, Ni cerita 2 hari yang lalu.. sepatutnya semalam aku nak post.. tapi disebabkan sedikit busy so langsung tak sempat nak jenguk blog sendiri.. selamatlah ada juga pengunjung yang sentiasa datang walaupun takda entri yang diupdate.. terima kasih kepada pembaca semua. Kebetulan Hari Pekerja 2 hari yang lepas aku tak keluar gi mana-mana so sebelah malamnya aku ajaklah cik malarang gi keluar Dinner dekat satu kedai baru dibuka di tepi jalan Kg. Sungai Pencala. Kebetulan masa aku datang tu hujan masih turun dengan renyai-renyai lagi.. nak dijadikan cerita tak lama lepas aku duduk tu.. tetiba ada 3 orang staff TNB datang jumpa tokey kedai.. dalam hati aku takkan tokey ni tak bayar elektrik kot.. Bila aku tanya cik malarang dia senyum je.. ai.. maklumlah cik malarang bab-bab potong ni memang dah biasa dah dulu.. hehehe Tak lama lepas tu.. aku dengar Staff TNB tu cakap.. dah boleh cabut ke ni.. dalam hati alamak takkan nak makan dalam keadaan gelap pulak ni.. huh...