Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umi aida

Fasa Baru Umie Setelah Bergelar Isteri

Imej
Umie dan Khairuddin bersanding dalam persalinan berwarna merah cili di Hotel One World semalam. - Foto oleh RICKY LAI RAMAI yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin. Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi. Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin. "Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi," kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu. Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya. Pasangan itu telah selamat melangsungkan p...