Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bazar ramadan

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Petaling Jaya

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Seperti yang kita semua sedia maklum bulan puasa tahun ni akan tiba dalam beberapa minggu lagi jadi pastinya semua umat islam di dalam dan luar negara tidak sabar menantinya.. Menjadi kebiasaanya bila tiba bulan puasa bazar-bazar ramadan seluruh negara juga pasti meriah.. Ini kerana pada bulan inilah juga peniaga-peniaga makanan akan mendapat rezeki yang lebih. Bagi yang suka berkunjung ke tapak-tapak bazar ramadan ni pastinya korang akan sentiasa bertukar-tukar lokasi mengunjungi bazar ramadan ni.. Di kawasan aku sahaja Daerah Petaling Jaya terdapat 20 lokasi bazar ramadan yang telah disediakan oleh pihak MBPJ. Jadi bagi mereka yang tinggal disekitar Daerah Petaling Jaya ni.. bolehlah korang berkunjung disetiap lokasi bazar tersebut. Di harapkan kita semua sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan sepanjang menjalani ibadah puasa nanti.. Insyaallah. posted from Bloggeroid

[Bergambar] Sesi Terjah Bazar Ramadhan Di Damansara Damai

Imej
  Salam ramadhan semua, Alhamdulillah dah 8 hari kita semua berpuasa.. dan syukur kerana sepanjang bulan puasa ni kesihatan alhamdulillah baik-baik sahaja.. dan kebetulan hujung minggu ni aku tak kerja so dapatlah aku bawa anak bini aku gi terjah satu lagi bazar ramadhan di Damansara Damai . Jomlah kita layan gambar.. biarkan gambar yang berbicara hari ini. Sampai ke lokasi jam 6 petang.. fuhhh punya ramai orang dan kebanyakkan kenderaan semua parking dekat tepi jalan je termasuk aku…hehehe…. so kena menapak beberapa ratus meter sebelum sampai ke bazar Cuma sesuatu yang sedih bila setiap kali ada bazar mesti akan ada pengemis yang aku rasa di dalangi oleh beberapa sendiket.. tapi kitakan rakyat yang pemurah.. kekadang hulur juga sebab tak sampai hati tengok ada yang bawa anak kecik & cacat.. kalau nak cerita lanjut pasal pengemis ni korang terjah blog Mazidul Masuk je kekawasan bazar terus nampak kedai Beriani Gam Maharani .. mula-mula nak beli tapi kenangkan ...

Bazar Ramadan Sri Meranti Bandar Sri Damansara

Imej
  Salam semua, Suasana bazar ramadan area rumah kami di bandar sri damansara, waktu ni jam menunjukkan 6.50 petang.. ramai pengunjung tengah mencari juadah bagi yang baru pulang bekerja.. tapi yang sedihnya kebanyakkan juadah dah habis.. tong-tong air pon dah kering. Kuih apa entah ni.. nilah kuih pertama yang kita orang beli.. cik pn teringin nak makan.. so belilah RM2 dapat 5 biji.   Dari dalam kereta lagi dah gi tahu cik pn yang aku nak makan roti john paling panjang.. jadi ada 4 kedai roti john sepanjang bazar tu.. dan paling menarik aku tengok kedai ni.. apa lagi order 1 dulu nak test.. kalau ok hari ini beli lagi   Pekerja buat roti john tengah siapkan tempahan orang ramai.. Time buka puasa je.. apa lagi testlah roti john tu.. memang tidak mengecewakan.. so ada harapan hari ini aku beli lagi ni.. hehehe.. Macam mana dengan buka puasa korang semalam.. korang makan apa?