Terkulai cinta Internet
KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka. Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet. “Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara. Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks. “Saya tak menyangka dia akan meminta melakukan perkara terkutuk itu kerana dia be...