Masih Ada Income Bersama Nuffnang

 

Rasanya lebih setahun dah aku tak pernah update pasal cerita Nuffnang ni.. rata-rata semua blogger sendiri dah tahu apa dia nuffnang ni.. tak perlu aku nak ulas panjang-panjang dan ulang-ulang entri yang dah dibuat oleh rakan blogger lain.. nak cerita panjang google sahaja.

nuffnang-cash-out-2014

Apa pun alhamdulillah masih ada site income dari nuffnang ni walaupun dah 6 bulan menabung dapat juga cash out akhirnya.. kalau tahun-tahun sebelumnya boleh dikatakan hampir setiap hujung bulan pastinya mesti dapat tekan butang cash out pada website nuffnang tu.. tapi untuk tahun ni merupakan tahun paling slow aku memblog.. visitor pun dah boleh kira pakai jari yang masuk setiap hari..

Bukan salah nuffnang sebenarnya .. tapi salah diri sendiri.. pertamanya aku dah mula kurangkan entri dari setiap hari kepada setiap minggu sahaja.. sikap malas menjadi punca segalanya.. biasalah tu.. ada masanya kita bersemangat nak menulis.. ada masanya dingin sahaja..

Sekarang ni pun bukan nuffnang sahaja yang beri peluang pada blogger untuk cari site income melalui pengiklanan.. tapi dah banyak pesaing diluar sana.. bak kata orang tua-tua siapa yang rajin dialah yang akan dapat habuannya..

Kepada blogger baru yang nak berjinak-jinak mencari site income melalui blogging ni.. korang pilihlah mana-mana syarikat pengiklanan yang sesuai dengan blog korang..

Rasanya tahun ni ada lagi tak nuffnang buat jemputan berbuka puasa bersama bloggger macam tahun-tahun sebelumnya?

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak