Balik Pulau : Percubaan Tanam Durian Musang King

Kita simpan gambar dekat sini untuk kenangan buat anak cucu, kalau ada rezeki berbuah alhamdulillah... Target 6 ke 7 tahun insyallah... So tarikh tanam 1/6/2024 kita update nanti lepas 7 tahun 1/6/2031..  Hehehehe..

Saya budak baru belajar, kalau salah sila tunjukkan.. Tiada pengalaman dalam menanam. Durian sejak kecik kalau pokok pisang sejak sekolah rendah arwah ayah dah ajar jenis2 pisang... Bab durian ni.. Dari kecik pandai makan je.. Takda peluang nk tanam.. 

Jadi kebetulan ada sedikit tanah kosong yang buat masa ni tak digunakan di kampung mertua so saya ajak mertua suka2 tanam pokok durian dekat tanah kosong tu.. Buat permulaan kita cuva dulu 5 pokok untuk testing dan ambil pelajaran cara tanam n jaga dia..

Kalau pertumbuhan ok, isyallah kita teruskan tanam sehingga penuh ruangan kebun yang ada...

Anak pokok durian musang King yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian..  dapat free je sempena projek tanaman pokok sekitar Pulau Pinang.. 

Kalau nampak bukit depan tu adalah kawasan bukit yg penuh dengan tanaman pokok durian di Balik Pulau... Orang lain tanam dah 55 tahun.. Kita baru nk start tanam.. Hehehehe

Kita cuba sistem busut sbb tanah bawah tu sedikit keras.. So kita buat busut supaya akar senang tumbuh.. 

Kena pasang pagar jaring ni untuk elakkan haiwan perosak seperti babi hutan.. 

Anak pokok tidaklah tinggi mana dalam ketinggian hampir 2 kaki shj.. 

Walaupun tinggi busut tidak seperti SOP pakar durian buat iaitu 4 kaki tinggi keatas.. Tapi saya buat juga busut dlm 3 kaki shj.. Kita cuba dahulu.. 

Alhamdulillah selesai pasang jaring untuk elakkan babi hutan menyondol pokok... 

Kita tunggu perkembangan pokok ni dua tiga bulan lagi...

Durian Balik Pulau tidak pernah mengecewakan.. Pelbagai klon durian yang ada... Antara waktu musim durian di Balik Pulau adalah awal Mei ke Julai setiap tahun...

Kalau Perlis terkenal dengan harum manis.. Penang terkenal dengan durian.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak