Durian Balik Pulau Penang

Salam Petang semua, hujung minggu kali ni cuti aku memang menyeronokkan sebab kebetulan balik kampung mertua durian dekat balik pulau penang tengah gugur.

Apa lagi pagi sabtu aktiviti aku dengan syg aku g terjah pokok durian dekat kebun mertua aku. ni pon pergi dah lewat sebab kata mertua aku, kekadang kalau g lewat orang lain dah masuk dulu g ambil. sebab tu pepagi aku dah g mencari durian yang gugur dekat kebun mertua aku.

dekat bawah ni ada beberapa gambar yang korang boleh tengok sepanjang aku dekat dusun tu..
ok layan gambar dekat bawah.

Haaa.. ni masa mula menjejakkan kaki dalam kebun, aktiviti cari kot2 ada raja buah yang gugur, bakul kosong lagi tu..



mamat dekat atas tu dah macam pemburu harta Yamashita je..hahaha


setelah hampir setengah jam pusing dalam kebun ni jelah hasilnya.. sebab kita orang lambat sampai dah ada orang g kutip awal2 pagi..huhu..


ni yang paling kurang asam, pencuri durian makan durian sambil tinggalkan kulit je dekat tn. kebun. kurang ajar betul.. kalau aku jumpa aku baling dengan kulit durian ni..


akhirnya buah pertama yang pemburu jumpai.. bangga gila masa jumpa harta yamashita ni.. hehehe


Dari tadi asik usung bakul kosong je.. bila nak penuh ni.. huhu, banyak nyamuk..


hahaha.. akhirnya pemburu jumpa lagi buah...


akhirnya pemburu berjaya menyumpai harta karun ni.. jadilah janji ada wat lepas gian.. hehehe

haaaa.. nilah pokok yang menghasilkan buah yang banyak.. awas.. tengah pemburu jalan2 cari buah, tiba2 sebiji buah jatuh dari langit.. nasib baik sempat mengelak.. kalau tak balik kl dengan kepala berbalutlah jawabnya..

Ulasan

  1. wah seronok nya masuk dusun kutip durian...=)

    BalasPadam
  2. Perggg...kecur la pulak nengokkan durian tuh...!

    BalasPadam
  3. rezeki si pencuri durian tu agaknya..tapi rezeki tak halal la..ish3..

    sebab tu org kata jgn cari durian masa tengah berangin, sebab durian ni cepat gugur time2 mcmtu..

    BalasPadam
  4. wah..sedapnye durian...hntrla sini sikit..

    BalasPadam
  5. hehe.. tak sempat nak hantar dekat korang.. aku dah belasah semua durian tu..hehehe

    BalasPadam
  6. bestnya kalau ada dusun durian.. hari² p cari durian kot.. hehehe

    BalasPadam
  7. bestnya durian balik pulau...sure sepanjang jln dr simpang kat pekan tu sampai ke dlm kg dipenuhi gerai durian....

    sonoknya...thn dpn kak jue balik musim durian ya...jgn lupa konvoi balik Balik Pulau ya....:-)

    BalasPadam
  8. WOW! What a fantastic blog!!!!! Your blog has superb damn cool pics. Designing of your blog is just marvelous.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak