Berjinak-Jinak Dengan Unit Trust Public Mutual

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Aku bukan orang yang selayaknya untuk bercerita pasal Unit Trust / Unit Amanah ni.. sebab aku pun baru nak belajar dan berjinak-jinak dengan pelaburan Unit Trust ni.

Aku memang ada sedikit pelaburan di dalam Public Mutual sejak Januari 2008.. kalau dikirakan dengan jari dah lebih 4 tahun aku tanam duit aku dalam Unit Amanah tu dengan duit poket sendiri.. takdalah banyak mana macam blogger ni.. masa tu hanya berniat  ingin mencuba apa kelebihan melabur dalam Unit Trust ni..

Unit Trust Public Mutual

Ternyata dalam tempoh 4 tahun pelaburan, orang lain yang melabur boleh melemparkan senyuman dengan kadar keuntungan mungkin lebih dari 20.0% setahun.. tapi aku… hanya mengalami kerugian sahaja setiap tahun..

Kenapa ini berlaku?

Pertama mungkin aku sendiri yang silap memilih Dana yang kurang sesuai untuk aku laburkan duit aku dalam tu.. kedua mungkin juga orang yang aku lantik menguruskan Dana aku tu dah lama berenti dari menjadi agen Unit Trust ni.. so apa yang jadi dekat akaun aku tu tiada siapa yang menguruskan sampai aku rugi 50.0% dari jumlah pelaburan yang aku buat.

Sampailah satu hari tu aku terjumpa & terbaca entri dari sahabat blogger ni tentang cara untuk  Switch Dana Unit Trust Public Mutual.. bila aku dah habis baca entri sahabat tu.. aku terus membuat keputusan untuk membuat switch dana yang boleh memberi keuntungan kepada pelaburan aku..

Semua urusan switch dana tu aku buat sendiri secara online di Public Mutual Online… Alhamdulillah 2 hari bekerja selepas aku buat switch dana tu.. permohonan aku diluluskan dan sekarang aku mampu mengukir senyuman dengan prestasi positif yang ditunjukkan oleh Dana baru tu..

Seperkara yang korang kena tahu, melabur dalam Unit Trust ni tidak seperti melabur dalam BSKL.. sebab pelaburan ni adalah pelaburan berjangka panjang.. so hasilnya akan betul-betul dilihat selepas 3 tahun keatas.

Insyallah sekarang ni aku akan mencuba untuk memaxsimumkan simpanan aku dalam KWSP dengan menggunakan sebahagian simpanan didalam akaun 1 KWSP aku untuk pelaburan di Unit Trust Public Mutual.

Merancang kewangan untuk persaraan akan datang perlu di mulakan dari sekarang… semoga apa yang aku usahakan ni akan menampakkan hasil pada masa akan datang.. amin

Melabur bermula dari sedikit adalah lebih baik dari tidak melabur langsung..

** Apa pandangan korang tentang pelaburan dalam Unit Trust ni? Ada sesiapa tak rakan blogger  yang dah mencuba dan bagaimana hasilnya?… jom kongsi pengalaman korang dengan Unit Trust disini..

Ulasan

  1. xberapa faham sgt melabur dlm ni ---

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pun baru je nk belajar2..he3

      Padam
    2. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan forein dan Unit Trust.

      Padam
  2. memang okey bro....kalau nak further info/maklumat boleh refer blogger aslamber.com

    BalasPadam
  3. Bagi aku,tengok dana dan time frame. Dan ramai je yg cakap labur dalam unit trust ni utk long term. Realiti memang btl sebab stiap pelaburan utk jangka masa panjang. tapi untuk dapat max return,kena main dengan switching.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku kena berguru dgn hang nilah bro... He3

      Padam
    2. berguru tu idak ler..nak tanya dan aku tunjuk ajar skit2 tu boleh saja..

      Padam
  4. Balasan
    1. Memang bagus tapi kena berilmu pasal investment ni

      Padam
    2. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan foreign dan Unit Trust.

      Padam
  5. sama-sama kita memaksimumkan dana EPF, anyway sekarang ni market quite positif tapi kalau terdapat tanda-tanda yang tidak begitu baik, maybe kena letak dalam bond or money market. anyway thanks for the link

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan forein dan Unit Trust.

      Padam
  6. dulu-dulu suami akak x percaya dengan ni semua.
    Sekarang ni baru dia percaya sebab dapat untung setelah melabur 4 tahun dengan menggunakan duit kwsp.

    Suami ambil juga untuk pendidikan 2 orang anak yang masih bersekolah..hasilnya memang mengkagumkan selepas 3 tahun melabur..nanti senang anak-anak nak sambung belajar ..x payah nak pinjam pptn..

    anak akak yang belajar di luar negara pun terikut nak melabur sebab duit biasiswa byk lebih. Akak belum lagi sebab suka melabur dengan emas lah pulak.

    Tapi kenalah pilih ejen yang betul-betul menjalankan tugas..mcm adik akak terkena cam kamu..kami ajak dia ikut ejen suami...barulah dia tersenyum simpul.

    Insyallah akak pun nak try melabur di unit trust ni juga ..nak tenguk mana lebih untung..emas ataupun unit trust. alamak terlebih pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan forein dan Unit Trust.

      Padam
  7. Balasan
    1. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan forein dan Unit Trust.

      Padam
    2. Asmkm. Buat bakal2 pelabur dlm unit amanah, especially sebelah utara, bolehlah dptkan khidmat nasihat dari saya. Wassalam.

      Padam
  8. Tak berapa faham dengan unit trust ni. Bila baca macam menarik pulak unit trust ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...saya boleh cuba terangkan pasal unit trust ni, boleh hubungi saya di FB Unit Trust/Saham Amanah Malaysia ....kami berpengalaman selama 20tahun di dalam pasaran saham malaysia dan forein dan Unit Trust.

      Padam
  9. aku dah stop dah, aku rugi 40%, x tau kenapa, last last aku keluarkan semua duit tuh

    BalasPadam
  10. Salam. Saya juga mula invest kali pertama tahun 2008 melalui KWSP. Tapi selepas 2 tahun, terfikir pula bagaimana nak buat dgn investment tu. Sama ada nak jual atau nak tambah atau bagaimana kerana masa itu tiada ilmunya langsung.

    Cari punya cari ilmu, terjumpa iklan dlm Harian Metro iklan utk jadi agen unit trust. Dari situ bermulanya saya belajar ilmu2 unit trust yg sangat bermanfaat. Sekarang sudah jadi agen separuh masa. Baru setahun jadi agen skrang sudah naik pangkat menjadi Agen Supervisor. Bermakna komisen saya juga meningkat.

    Belajarlah merancang kewangan anda dari sekarang.
    Kepada yg ingin menjadi agen insyaAllah saya boleh bantu. Mudah sahaja, hanya bermodalkan RM260 utk ambil exam FIMM anda sudah boleh menjadi agen. Berminat sila hubungi Ady Erwan 013-2573213 atau 018-2578804.

    BalasPadam
  11. Haiii semuaaa.... yerpp good decision to invest with pub.mutual.. my name is Nor.. can call me or whats app for more info... sy tgh cr siapa2 yg nak jadi agent pub..mutual... training n coaching disediakan... jom sama2 melabur dan p bercuti.. nk tau lanjut.. pls call or sms or wahtsapp me 0192141184

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Salam semua.. Just nak share aku dh buat public mutual ni almost 2 years tapi seriusly aku x tau pape pasal ni tapi tiap 3 bulan consultant aku apdate asyik profit je skrg ni dh almost 40% & aku punye excited g buat loan kat bank 50k time nak masuk tu consultant aku cakap jangan lagi market x best pastu dalam ati aku eh budak ni xnak komisyen ke... Aku pun redha je lebih kurang 2 bulan dia call balik suruh masukkan cash yang aku nk buat tu.. Skrg ni cash tu dah profit 14% aku pun x tau pe die wt ngn akaun aku dh la belum sampai 1 taun tapi dh profit rupanya dia cakap dia puas bila die dpt maximumkan profit orang.. Aku syukur gila jumpa dengan consultant ni kalau korang yang mana dapat cnsultant yang hampeh tu aku advicekan call no consultant aku ni 017-5441290 nama dia muhammad serius dia jaga aku almost 3 years without fail to see me every 3 month.. Just sharing tq

    BalasPadam
  14. salam.
    saya saja nak kongsi pengalaman invest dengan public mutual dari 2005. masa crisis economy 2008 memang rasa macam xnak masuk dah nasib agent keluarkan semua sebelum market jatuh so merasa la jugak dividend dlm 50% dari investment. belum lagi habis krisis ekonomi agen mintak masuk balik masa market betul2 down dia mintak sebesar amount yang boleh so sy pon masuk la 250k. percaya je la cakap agen sy tu. lepas tu die siap buatkan wasiat, insuran & penama for free lagi sebab katanya vip. masa ke semasa sampai sekarang sy dh invest lebih kurang 500k & paling terkejut current value lebih dari 1.5 juta. lebih dari 200% return. agent pon still loyal sampai sekarang. pada yang takut2 nak mulakan investment tu mulakan je la before invest sy pon ingat high risk tapi bila dah invest boleh kata macam x de risk sebab agen yang jaga semua tu. sy bukan tau sangat pon yang tau nak tengok profit je. tips nk cari agen carilah yang full time, loyal, x de masalah sebab ada kawan2 yang ditinggal agen so investment dieorang x sebagus sy. maybe i got a right agent. so if someone looking for a good agen i introduce kat agent sy & boleh contact direct 013-4283290 . i just introduce to him coz im very satisfy with his service

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak