4 Bulan Masa Berlalu

Alhamdulillah... Sedar tak sedar sudah 4 bulan 3 hari masa berlaku.. Pantas masa berlalu... Alhamdulillah kesihatan juga semakin baik...

Memandangkan tempoh cuti rehat juga juga akan berakhir lagi seminggu.. So kalau Dr. dah boleh lepaskan untuk kembali bekerja.. Insyallah lagi seminggu kita akan kembali buat kerja hakiki yang dah 4 bulan tinggal... 

Latihan berjalan kaki masih di teruskan dikasawan Taman perumahan... Alhamdulillah tiada masalah sakit kaki atau Kebas sepanjang 4km berjalan kaki hari ni... Pinggan juga buat masa ni. Alhamdulillah tiada sakit yang kuat.. Kecuali masa sedikit mendaki bukit masa jalan kaki tadi ada rasa pressure dekat belakang sikit.. So far ok tiada masalah..

Selesai 4.24km hari ni jalan kaki santai2 sambil tengok tasik dan pokok-pokok..

Untuk masa ni yang belum Recover sepenuhnya adalah keadaan duduk lama pada sofa atau tempat duduk lembut.. Akan buatkan belakang Tegang sedikit bila nak mula bangun... Situasi sama ketika baring lama... Bangun juga belakang terasa Tegang... So Biasa lepas bangun tak terus berjalan.. Bagi rehat sekejab sehingga keadaan dan lega baru cuba berjalan..

Dua keadaan tu je yang belum Betul2 lagi pulih... Untuk aktiviti solat alhamdulillah dah boleh buat secara normal.. Cuma sekarang buat selang2 solat secara duduk dan berdiri.. Sebab taknak. Bagi tekanan lebih pada belakang bila mula rukuk..

Untuk mengangkat bebanan  buat masa ni belum boleh lagi sebab masih terasa Tegang di bahagian belakang bila cuba angkat benda berat 5 kg ke atas dari posisi cangkung naik keatas... Untuk beban 5 kg kebawah dibawah secara berjalan insyallah boleh dah dibuat secara pelan2... 

Insyallah doakan saya terus sihat dan kembali membuat kerja2 normal saya sebelum ini.. Target insyallah 2 tahun boleh recover sepenuhnya... Aamin 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Backup Blog Sekarang !

ADAMAYA - FREE DOWNLOAD DRAMA HANGAT TV3 2010

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan